Peminjam Alami Kurang Pendapatan Layak Pohon Ansuran Rendah

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu mengulangi bahawa semua peminjam yang pendapatannya berkurangan, termasuk gaji, elaun, komisen dan pendapatan isi rumah adalah layak untuk mendapatkan pengurangan ansuran bulanan berdasarkan pendapatan yang terjejas.