Ibu Anak Dua Maut Kemalangan

SIBU, MEI 19: Dua anak kecil berusia tujuh dan lima tahun menjadi anak yatim sekelip mata selepas ibu mereka disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan di Jalan Ling Kai Cheng, Sibu, semalam.
RESURRECTION: ERTUGRUL – GAME OF THRONES VERSI TURKI

Resurrection: Ertugrul ialah drama bersiri bertemakan sejarah dan pengembaraan, mengambil tempat di Timur Tengah pada abad ke-13 yang menceritakan kisah tentang seorang pemimpin Turki bernama Ertugrul.
Ibu bapa wajib daftar MySejahtera ketika hantar anak ke tadika

KUCHING, MEI 19: Pendaftaran menggunakan aplikasi MySejahtera oleh ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke tadika diwajibkan bermula 17 Mei 2021.
MPS: Pengusaha makanan dan minuman serta pekerja wajib daftar vaksin

SIBU, MEI 9: Majlis Perbandaran Sibu menegaskan semua pengusaha makanan dan minuman serta para pekerja mereka wajib mendaftar program vaksinasi yang dijangka bermula September kelak.
Remaja lelaki direman empat hari bantu siasatan isu video tular

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung isu video tular yang menjadi punca pergaduhan pada Isnin lepas.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata remaja terbabit telah ditahan di rumahnya di Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya yang juga merupakan tempat insiden pergaduhan yang tercetus apabila orang awam tidak berpuas hati dengan video remaja berkenaan.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi.
Selain itu, Aidi turut menegaskan orang ramai agar tidak bertindak sendiri dan seharusnya menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang.
Tambahnya pihak polis juga menjalankan siasatan di bawah Peraturan 17(1)P PPPPB 2021 kerana terdapat individu yang terlibat dalam insiden berkenaan kelihatan tidak menggunakan pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal dalam video berkenaan.
Individu-individu yang terlibat dalam insiden itu ditegaskan untuk hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Berita Baik untuk Dua Juta Belia. Dapat Kredit e-tunai RM150 Mulai 1 Jun ini


Dalam usaha meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi, Program eBelia merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2021 telah dilaksanakan.
Petronas Menemui gas di Daerah Kecil Balingian

Terdapat penemuan gas di perairan cetek daerah kecil Balingian, kira-kira 230 kilometer dari pesisir Miri, Sarawak.
Pengawal Keselamatan Maut Kereta Rempuh Pokok

Sibu: Seorang Pengawal Keselamatan maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok.
Peserta Indonesia Andrey Juara Tiga kali Berturut-turut

Konsert TVSTARZ minggu ke-9 diungguli peserta dari Indonesia Andrey Arifianto.
Rokok Seludup Bernilai RM4.3 Juta Berjaya Dirampas

KUCHING: Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Sarawak merampas rokok seludup bernilai RM4.312 juta selepas menahan sebuah lori jenis Hino seberat 10 tan di Jalan Serian-Sri Aman berdekatan dengan simpang Jalan Gedong, pada Selasa.