Majlis Khas MA63 Bersidang Kali Pertama 30 Nov – Ongkili
KUALA LUMPUR: Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang ditubuhkan bagi memelihara hak-hak Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 akan bersidang buat pertama kali pada Isnin depan (30 Nov).
Keperluan Lanjut PKPB Hingga Hujung Tahun Dikaji Dari Semasa Ke Semasa – Redzuan
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji dari semasa ke semasa, keperluan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga akhir tahun ini sekiranya terdapat peningkatan kes COVID-19.
Individu Ada Bukti Kes Rogol Di Ladang Kelapa Sawit Perlu Buat Laporan
KUALA LUMPUR: Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) menggesa mereka yang mempunyai bukti kegiatan salah laku atau jenayah iaitu rogol dan pencabulan di ladang kelapa sawit, supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa yang berkaitan.
PKPB: Majlis Kahwin, Tunang, Resepsi Tidak Dibenarkan Di Kelantan
KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menerusi Bahagian Undang-Undang Keluarga memutuskan untuk tidak membenarkan penganjuran majlis perkahwinan, pertunangan dan resepsi di negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Airasia.com, Turkish Airlines Bekerjasama Manfaatkan Potensi Perjalanan Antarabangsa
KUALA LUMPUR: Airasia.com menjalin kerjasama dengan Turkish Airlines bagi membolehkannya mengembangkan rangkaian penerbangan pan-Asia susulan jangkaan potensi peningkatan semula perjalanan udara antarabangsa.