Mior Faridalathrash Ketua Polis Perak Yang Baharu

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Mior Faridalathrash Wahid antara sembilan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa, pada 21 Dis depan.

Hoki Piala Remaja Asia 2020 Diadakan Pada Julai 2021

KUALA LUMPUR: Kejohanan Piala Remaja Lelaki Asia 2020 yang ditangguh dua kali berikutan pandemik COVID-19 akan diadakan di Stadium Hoki Nasional Maulana Bhashani di Dhaka, Bangladesh dari 1 hingga 10 Julai 2021.

Kemudahan i-Sinar Penting Kepada Golongan Memerlukan – MEF

KUALA LUMPUR: Keputusan untuk membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah kemudahan i-Sinar akan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan dalam tempoh yang amat mencabar ini, menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

COVID-19 Jadi Pemangkin Kepada Transformasi Digital Untuk Perniagaan

KUALA LUMPUR: Perniagaan kini mempercepatkan peralihan ke teknologi digital, didorong oleh pandemik COVID-19, mereka perlu memastikan proses peralihan itu berterusan semasa tempoh pemulihan dan pasca-COVID-19 kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Surina Shukri.

Petronas Lanjutkan Tempoh Sewaan Dengan KLCC REIT

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan melanjutkan sewaannya Menara 3 Petronas dan Menara Berkembar Petronas daripada KLCC Real Estate Investment Trust (KLCC REIT) untuk tempoh 15 tahun lagi selepas tempoh semasa sewaannya masing-masing berakhir pada 14 Disember, 2026 dan 30 September, 2027.

Dasar Industri Muzik Negara Dibentang Ke Kabinet

PUTRAJAYA: Dasar khas berkenaan industri muzik tempatan akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet selewat-lewatnya akhir tahun ini bagi memastikan pertumbuhan industri itu serta kebajikan penggiatnya terbela, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Nasib Pekerja Kontrak Harus Dibela – JPKK

KUALA LUMPUR: Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menggesa agar kerajaan membela nasib pekerja kontrak dan menyerap mereka yang bekerja secara kontrak di premis kerajaan, sebagai pekerja tetap.