Operasi AirBorneo kekalkan tenaga kerja MASwings

KUCHING, 21 Mei: Keseluruhan tenaga kerja MASwings akan dikekalkan selepas proses peralihan operasi kepada AirBorneo Holdings Berhad, kata Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin.
DTTG diperkenal bagi selaras keselamatan acara Regatta

KUCHING, 21 Mei: Kumpulan Tugas Pelancongan Bahagian (DTTG) ditubuhkan bagi menyelaras projek dan program berkaitan pelancongan di peringkat Bahagian, termasuk acara Regatta, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting.
Festival ekstrem dan budaya belia CanRoll 2025 gegar Kuching

KUCHING, 19 Mei: Festival sukan ekstrem dan budaya belia pertama di Sarawak, CanRoll 2025, bakal berlangsung dari 23 hingga 25 Mei ini di Waterfront Kuching, menghimpunkan aksi lasak, gaya hidup urban serta kreativiti anak muda di bawah satu platform dinamik.
ICW Borneo 2025: Perkukuh kedudukan Kuching dalam sektor pembinaan

KUCHING, 13 Mei: Tuan rumah kepada International Construction Week (ICW) Edisi Borneo 2025 menyaksikan Kuching memperkukuhkan kedudukan sebagai hab kemajuan dalam memajukan industri pembinaan di Sarawak.
Teknologi BIM, IBS transformasi sektor pembinaan negara

KUCHING, 13 Mei: Kementerian Kerja Raya, melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), menegaskan komitmennya untuk mempercepat penerimaan teknologi Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dan Sistem Binaan Berindustri (IBS) sebagai teras utama dalam transformasi sektor pembinaan negara.
Pengurusan fasiliti profesional tonggak kelestarian infrastruktur

KUCHING, 13 Mei: Kerajaan Sarawak menegaskan komitmennya untuk memastikan kelestarian infrastruktur di negeri ini tidak hanya terhad kepada fasa pembinaan semata-mata.
UTS, Swinburne tawar ijazah baharu Kejuruteraan Pengurusan Pembinaan

KUCHING, 13 Mei: Sarawak memperkenalkan satu program baharu iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pengurusan Pembinaan yang ditawarkan di dua institusi pengajian tingginya, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) dan Swinburne University of Technology.
Perbincangan PM-Premier capai tiga persetujuan penting

KUCHING, 13 Mei: Hasil perbincangan antara Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuahkan tiga persetujuan penting berhubung isu Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).
Kejohanan Badminton Simanggang platform cungkil bakat baharu

SRI AMAN, 12 Mei: Kejohanan Badminton Simanggang 2025 yang berlangsung dari 10 dan 11 Mei lalu berperanan sebagai platform mencungkil bakat baharu sekali gus memberi peluang kepada pemain muda untuk menggalas cabaran ke peringkat lebih tinggi.
Hari Ibu kukuhkan nilai kekeluargaan

KUCHING, 10 Mei: Sambutan Hari Ibu bukan sekadar memberi hadiah atau ucapan penghargaan malah merupakan platform penting memperkukuh nilai kekeluargaan dan memelihara keharmonian masyarakat.
