16 penumpang disaman, gagal patuh pemakaian tali pinggang keledar

ALOR SETAR, 2 Julai: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengenakan saman ke atas 16 penumpang bas ekspres dan bas persiaran selepas dikesan tidak memakai tali pinggang keledar dalam operasi khas penguatkuasaan penuh terhadap pemakaian tali pinggang keledar bagi pemandu dan semua penumpang bas ekspres dan bas persiaran.
JPJ Selangor: Penumpang wajib patuh pemakaian tali pinggang keledar

DENGKIL, 2 Julai: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor telah mula melaksanakan Ops Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar bagi bas ekspres dan bas persiaran di seluruh negeri bermula 1 Julai 2025, sebagai usaha mempertingkat tahap keselamatan penumpang.
Hari Eksport Sarawak 2025 perluas jaringan eskport usahawan tempatan

KUCHING, 2 Julai: Syarikat serta usahawan tempatan di negeri ini diseru agar memanfaatkan platform Hari Eksport Sarawak 2025 yang bermula hari ini hingga 3 Julai kelak, bagi meneroka peluang pasaran baharu dan mengembangkan jaringan perniagaan eksport mereka di peringkat domestik dan antarabangsa.
Laksana undang-undang khusus AI bendung ancaman siber

KUCHING, 2 Julai: Fenomena penipuan dalam talian yang memanfaatkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) kini berada pada tahap yang membimbangkan, menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol.
Kastam rampas rokok seludup bernilai RM1.8 juta

BUTTERWORTH, 2 Julai: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas lebih 1.3 juta batang rokok yang disyaki tidak berkastam, bernilai RM1.8 juta termasuk cukai, selepas menyerbu sebuah lori yang ditinggalkan di tempat letak kereta sebuah taman perumahan di Bukit Mertajam dekat sini pada 6 Mei lalu.
6 juta data pelanggan Qantas terjejas dalam serangan siber

SYDNEY, 2 Julai: Syarikat penerbangan Australia, Qantas mengesahkan bahawa data sehingga enam juta pelanggannya diakses oleh penjenayah siber, lapor agensi berita Jerman dpa.
Israel setuju syarat untuk muktamadkan gencatan senjata 60 hari di Gaza – Trump

WASHINGTON, 2 Julai: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa berkata Israel bersetuju dengan “syarat-syarat yang diperlukan” bagi memuktamadkan gencatan senjata selama 60 hari di Semenanjung Gaza.
Anggota JPJ menyamar penumpang pantau pemakaian tali pinggang keledar dalam bas

ALOR SETAR, 2 Julai: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan taktik penyamaran bagi mengesan pemandu dan penumpang bas ekspres serta persiaran yang tidak memakai tali pinggang keledar selepas arahan dikuatkuasakan bermula semalam.
Tiga projek pembangunan baharu bakal tingkat kualiti hidup warga Simunjan

SIMUNJAN, 2 Julai: Simunjan bakal menyaksikan perubahan positif menerusi tiga cadangan projek pembangunan baharu yang dirancang bagi meningkatkan kemudahan dan kualiti hidup penduduk setempat.
Pearly-Thinaah matang, beregu wanita lain tunjuk taring – Rosman

KUALA LUMPUR, 2 Julai: Gandingan utama beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah semakin matang apabila berjaya memberi tentangan hebat kepada pasangan handalan China, iaitu lawan yang sebelum ini sering menjadi penghalang utama mereka.