Lelaki miliki dua rekod jenayah lampau ditahan kerana cuba mencabul kehormatan seorang wanita

KUCHING, 2 Julai: Seorang lelaki yang mempunyai dua rekod jenayah lampau ditahan kerana cuba mencabul kehormatan seorang wanita ketika berada di Jalan Sultan Tengah di sini, pada Isnin.
Dunia bakal temui teknologi menjangkau AI – Premier

KUCHING, 2 Julai: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan bahawa para saintis kini sedang menjalankan penyelidikan untuk membangunkan satu teknologi khas yang mampu menyemak kesahihan kandungan kecerdasan buatan (AI).
Pasangan suami isteri didakwa edar, miliki dadah di Sibu

SIBU, 2 Julai: Sepasang suami isteri yang dipercayai menjadi dalang sindiket pengedaran dadah sejak tahun 2015, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan membabitkan kegiatan pengedaran dan pemilikan dadah berbahaya.
Keamanan selatan Thailand semakin baik, kerjasama Malaysia dihargai

NARATHIWAT, 2 Julai: Proses keamanan di selatan Thailand terus menunjukkan perkembangan positif hasil pendekatan damai dilaksanakan Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 Selatan Thailand (ISOC4) Tentera Darat Thailand, dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Malaysia.
Nilai kewartawanan perlu kekal, AI hanya sebagai alat bantuan – Premier

KUCHING, 2 Julai: Teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak seharusnya menggantikan nilai-nilai asas dalam dunia kewartawanan, sebaliknya dimanfaatkan untuk meningkatkan keupayaan dan kompetensi kerja wartawan.
Kerajaan Sarawak pertimbang program latihan AI untuk guru

KUCHING, 2 Julai: Kerajaan Sarawak bersetuju untuk mempertimbangkan penganjuran program latihan khas atau seminar berkaitan teknologi kecerdasan buatan (AI) khusus untuk para guru di negeri ini.
Ahli perniagaan didenda RM300,000 perdaya PERKESO

KUALA LUMPUR, 2 Julai: Seorang ahli perniagaan didenda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas 10 pertuduhan pilihan memperdaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berhubung kursus dan latihan tidak wujud membabitkan wang berjumlah RM496,000, lima tahun lepas.
Padang bola sepak terbakar angkara pembakaran terbuka

LIMBANG, 2 Julai: Anggota bomba bertindak pantas memadam kebakaran sebuah padang bola yang terbakar seluas dua ekar, sekali gus berjaya mengawal api daripada merebak ke kediaman penduduk dalam insiden yang berlaku pagi ini.
Sindiket edar dadah guna WeChat tumpas di Johor, dadah diletak tepi longkang

JOHOR BAHRU, 2 Julai: Taktik licik sindiket pengedaran dadah yang menggunakan aplikasi WeChat bagi berkomunikasi dan meletakkan bungkusan dadah di tepi longkang untuk diambil oleh tokan akhirnya berjaya dihidu pihak polis.
12,835 ditahan, dadah bernilai RM106.97 juta dirampas di Johor

JOHOR BAHRU, 2 Julai: Sebanyak 12,835 individu telah ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.