Wanita warga emas rentung dalam kebakaran rumah dua tingkat di Menggatal

KOTA KINABALU, 1 Julai: Seorang wanita warga emas berusia 72 tahun ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal di Jalan Kokol, Kampung Mansiang Menggatal di sini, malam tadi.
Qatar usaha sambung semula rundingan gencatan senjata Gaza, capai perjanjian program nuklear Iran

ISTANBUL, 1 Julai: Qatar memaklumkan pada Isnin ia sedang berusaha untuk menyambung semula rundingan antara Israel dan Hamas bagi mencapai gencatan senjata di Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Suspek ditemukan mati selepas bunuh 2 anggota bomba AS dalam serangan hendap

SAN FRANCISCO, 1 Julai: Suspek yang disyaki menembak dua anggota bomba sehingga maut dan mencederakan seorang lagi dalam serangan hendap pada Ahad di negeri Idaho, Amerika Syarikat, ditemukan mati, lapor Xinhua memetik pegawai tempatan.
Iran kecam IAEA membisu terhadap serangan Israel-AS, tuntut kebertanggungjawapan pelaku

ISTANBUL, 1 Julai: Iran pada Isnin mengkritik badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana berdiam diri terhadap serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas negara itu, sambil menuntut kebertanggungjawapan “pelaku serangan”, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Syarikat Kyrgyzstan jual 300 kg emas bernilai US$36 juta kepada syarikat Malaysia

BISHKEK (Kyrgyzstan), 1 Julai :Kyrgyzaltyn OJSC telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) dan kontrak jual beli emas dalam bentuk jongkong dengan Public Gold Marketing Sdn Bhd, menurut syarikat itu.
Lubnan gesa Israel berundur dari lima pos sempadan

BEIRUT/ISTANBUL, 1 Julai: Lubnan pada Isnin mendakwa Israel melanggar Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan menduduki lima bukit di selatan negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).