Pemandu lori cedera tersepit dalam kemalangan

KUCHING, 1 Julai: Seorang lelaki berusia 28 tahun cedera selepas lori dipandu kemalangan di Jalan Demak Laut di sini, hari ini.
Mohd Shuhaily tekad perkukuh operasi AKPS, tingkat kawalan sempadan

PUTRAJAYA, 1 Julai: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menzahirkan komitmen untuk memperkukuh peranan agensi itu agar lebih mantap dan relevan, selaras dengan hasrat serta hala tuju kerajaan dalam mempertingkat kawalan sempadan negara.
Israel mesti memudahkan kemasukan bekalan penting ke Gaza – PBB

ISTANBUL, 1 Julai: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin berkata Israel mesti memudahkan akses dan kemasukan bekalan penting ke Gaza melalui lintasan sempadan sedia ada bagi memenuhi “keperluan mendesak” penduduk, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Tze Yong bakal jalani rawatan ACL di Qatar

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Pemain badminton perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong akan menjalani pembedahan lutut di Doha Qatar bagi merawat kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL).
Proton Waja musnah dijilat api di Beaufort

BEAUFORT, 1 Julai: Sebuah kereta jenis Proton Waja musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Kabulu di sini, malam tadi, namun tiada kecederaan dilaporkan.
CCTV DBKU mula beroperasi semula secara berperingkat

KUCHING, 1 Julai: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengaktifkan semula sistem kamera litar tertutup (CCTV) secara berperingkat bermula Isnin bagi memperkukuh pemantauan keselamatan bandar raya ini.
RWMF 2025 jadi destinasi pilihan keluarga pelbagai generasi

KUCHING, 1 Julai: Rainforest World Music Festival (RWMF) edisi ke-28 tahun ini mencatat peningkatan ketara kehadiran pengunjung dalam kalangan keluarga pelbagai generasi, termasuk ibu bapa, anak-anak serta datuk dan nenek.
Seorang maut, Isuzu D-Max rempuh lori di Sandakan

SANDAKAN, 1 Julai: Seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Isuzu D-Max yang mereka naiki melanggar belakang sebuah lori berhampiran Ladang Sakilan, Batu 25 Sandakan malam tadi.
Mayat dua beranak ditemui reput, berbau dalam apartmen berkunci

GEORGE TOWN, 1 Julai: Seorang wanita dan anak perempuannya berusia 2 tahun ditemui mati dalam keadaan mayat telah reput di dalam sebuah unit pangsapuri di Jalan Bukit Gambir di sini semalam.
Guru wanita rugi RM890,000 ditipu sindiket Phone Scam

GEORGE TOWN, 1 Julai: Seorang guru wanita di sini berputih mata apabila wang miliknya sebanyak RM890,000 lesap dipercayai akibat diperdaya sindiket phone scam semalam.