RMK-13 jadi agenda utama pertemuan Hanifah, Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dan pelaksanaan dasar-dasar sosioekonomi negara menjadi agenda utama dalam pertemuan antara Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, hari ini.
DigitalNEXUS eratkan jurang masyarakat, industri digital

KUCHING, 1 Julai: Persidangan dan pameran teknologi, UNIMAS Digital Technology Nexus 2025 (DigitalNEXUS) yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini menjadi pemangkin kepada kesedaran masyarakat berkaitan potensi sebenar teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) sekali gus merapatkan jurang antara institusi pendidikan dan industri dalam era pendigitalan.
Abdul Rashid dilantik CEO MASOC 2027 – Hannah

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sekretariat Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) dan Sukan Para ASEAN 2027.
Abu Bakar Atan terima anugerah Legend of AIPS Asia

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Wartawan sukan berpengalaman negara, Abu Bakar Atan, menerima pengiktirafan di peringkat Asia apabila dianugerahkan gelaran ‘Legend of AIPS Asia’ sempena Kongres ke-26 Persatuan Penulis-Penulis Sukan Asia (AIPS Asia) yang berlangsung di Hong Kong, hari ini.
OBB hilangkan diri ditahan semula

SARATOK, 1 Julai: Seorang lelaki yang merupakan Orang Banduan Berlesen (OBB) yang dilaporkan menghilangkan diri daripada jagaan seliaan Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Kuching telah berjaya ditahan semula.
DigitalNEXUS 2025 pacu Sarawak ke arah ekonomi digital inklusif

KUCHING, 1 Julai: Sarawak terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai peneraju transformasi digital menerusi penganjuran Persidangan UNIMAS Digital Technology Nexus 2025 (DigitalNEXUS), yang menjadi platform menghimpunkan pakar industri digital dan teknologi tempatan serta antarabangsa.
RM30 juta kompleks sukan baharu bakal ubah landskap Kabong

KUCHING, 1 Julai: Impian penduduk Kabong untuk memiliki kemudahan sukan yang moden dan selesa bakal menjadi kenyataan apabila sebuah kompleks sukan bernilai RM30 juta akan dibangunkan tidak lama lagi.
Warga asing ditahan, disyaki edar dadah

MUKAH, 1 Julai: Seorang lelaki warga asing ditahan dalam serbuan polis di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Mukah–Selangau, semalam, selepas disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.
Tiga individu berdepan detik cemas, kereta dinaiki terbakar

BATU NIAH, 1 Julai: Tiga individu berdepan detik cemas selepas kereta dinaiki tiba-tiba terbakar semasa dalam perjalanan dari Batu Niah ke Bekenu malam tadi.
SST bantu tingkatkan pendapatan negara

KOTA SAMARAHAN, 1 Julai: Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) baharu yang bermula hari ini disasar untuk meningkatkan pendapatan negara, selain memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan tinggi.