Iran lapor 935 terbunuh dalam serangan Israel sepanjang konflik 12 hari

ISTANBUL, 30 Jun: Pihak berkuasa Iran memaklumkan pada Isnin sekurang-kurangnya 935 orang terkorban dalam serangan Israel sepanjang konflik 12 hari itu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.
Minuman beralkohol tercemar ragut 9 nyawa di Jordan, 17 dirawat

AMMAN, 30 Jun: Sembilan orang maut manakala 17 lagi sedang dirawat di hospital akibat keracunan metanol di Jordan, lapor Xinhua memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Direktorat Keselamatan Awam (PSD) pada Isnin.
Polis rampas senjata tiruan, tahan tiga warga asing

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Polis merampas ratusan senjata api tiruan termasuk pistol Walther P99, raifal M4 Carbine dan Colt AR-15 dalam serbuan di sebuah rumah teres di Segambut di sini, petang tadi.
Insentif pelajar cemerlang Meradong dinaikkan tahun 2025

BINTANGOR, 30 Jun: Pelajar cemerlang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong bakal menikmati kenaikan insentif pendidikan bermula tahun hadapan sebagai galakan untuk terus mencapai kecemerlangan akademik.
Penipuan sekuriti: Bekas pegawai bank pelaburan dipenjara dua tahun, denda RM1 juta

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Seorang bekas pegawai bank pelaburan hari ini dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini bagi kesalahan melakukan penipuan sekuriti membabitkan RM201,000.
Isu PK Battle: MCMC minta TikTok beri penjelasan

BUKIT MERTAJAM, 30 Jun: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bertemu pihak pengurusan TikTok bagi mendapatkan penjelasan susulan peningkatan kebimbangan para ibu bapa dengan trend Personal Knockout Battle, atau PK Battle, dalam kalangan golongan muda.
SFC buru buaya selepas serangan di Sungai Paroh

KUCHING, 30 Jun: Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengaktifkan operasi memburu buaya di sekitar Sungai Paroh di sini susulan kejadian seorang lelaki maut diserang reptilia ganas itu baru-baru ini.
Remaja lemas ketika mandi sungai bersama rakan

KOTA BHARU, 30 Jun: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditemukan lemas selepas mandi bersama empat rakannya di sungai berdekatan Kampung Gayung di sini petang tadi.
Interpol: Pemerdagangan orang berkait penipuan dalam talian meningkat

PARIS, 30 Jun: Semakin banyak negara terjejas akibat pemerdagangan orang yang berkaitan dengan buruh paksa di pusat penipuan dalam talian yang diurus secara profesional, kata Interpol pada Isnin, menurut agensi berita Jerman (dpa).
PM Anwar dijadual lancar Aerotrain KLIA yang kembali beroperasi esok

PUTRAJAYA, 30 Jun: Selepas hampir 28 bulan tergendala, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kini bersedia melancarkan semula perkhidmatan Aerotrain KLIA yang dimodenkan sepenuhnya sekali gus menyaksikan satu lagi pencapaian penting dalam agenda transformasi lapangan terbang negara.