Pengerusi PMBS Kota Kinabalu maut nahas jalan raya

KUNAK, 29 Jun: Hasrat sembilan ahli Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) untuk pulang ke Kota Kinabalu selepas menghadiri Regata Lepa 2025 tidak kesampaian selepas van dinaiki mereka terbabas di Jalan Bukit Ular, Kunak–Lahad Datu pagi tadi.
10 wartawan KDJA sertai misi tawan puncak Gunung Api Mulu

MULU, 29 Jun: Sebanyak 10 pengamal media tempatan dari pelbagai agensi menyertai ekspedisi sulung anjuran Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) ke Gunung Api, Taman Negara Mulu bermula hari ini.
Bekas kerani tiket bas mengaku tidak bersalah pecah amanah lebih RM100,000

KOTA BHARU, 29 Jun: Seorang bekas kerani tiket bas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 10 pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah melibatkan wang jualan tiket berjumlah RM114,630.80 di Terminal Bas Lembah Sireh, di sini pada 10 tahun lepas.
MSN sambut baik usaha MAS cari perenang warisan

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Majlis Sukan Negara (MSN) menyambut baik usaha yang dilakukan Akuatik Malaysia (MAS) untuk mencari perenang warisan bagi memperkuatkan lagi skuad renang kebangsaan.
Lelaki maut ketika cari siput di Sungai Skibang

BAU, 29 Jun: Seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun disahkan meninggal dunia selepas dilaporkan hilang ketika mencari siput sungai di kawasan Sungai Kampung Skibang pada Sabtu.
JKM bantu pelajar UPSI alami kecacatan kekal mohon kad OKU

KEPALA BATAS, 29 Jun: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membantu proses permohonan kad orang kurang upaya (OKU) untuk pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mengalami kecacatan kekal selepas terlibat dalam kemalangan bas pada 9 Jun lepas.
Lebih 300 penerbangan digantung di Itali akibat kerosakan teknikal

ROM, 29 Jun: Kegagalan penghantaran data di Pusat Kawalan Kawasan di Milan pada Sabtu malam menyebabkan lebih 300 penerbangan di beberapa bandar di barat laut Itali digantung, lapor Xinhua memetik agensi berita ANSA.
Joao dan Scott senjata baharu Kuching City FC

KUCHING, 29 Jun: Kuching City FC terus memperkukuh barisan pemainnya dengan kehadiran dua pemain import baharu masing-masing dari Timor-Leste dan Filipina,bagi menghadapi saingan musim ini.
Lima maut, beberapa lagi cedera nahas tujuh kenderaan di Texas

HOUSTON, 29 Jun: Lima orang maut manakala beberapa lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan berhampiran Terrell di utara Texas pada Sabtu, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.
Penjaja Sarawak di Johor perlu kuasai pemasaran digital

PASIR GUDANG, 29 Jun: Persatuan Penjaja Anak Sarawak Johor menyeru ahlinya agar memanfaatkan sepenuhnya platform media sosial untuk mempromosikan hasil kraf tangan dan makanan tradisional Sarawak secara dalam talian.