Fahmi nafi semakan RMK-13 dilaksana secara tergesa-gesa, sanggah dakwaan Rafizi

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang mempersoalkan sama ada langkah kerajaan untuk menyemak semula Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) adalah reaksi tergesa-gesa terhadap kritikan media sosial yang ditujukan kepada beliau.