Jejak Warisan Sandakan catat rekod Malaysia

SANDAKAN, 28 Jun 2025: Sandakan mencatat sejarah baharu apabila Jejak Warisan Sandakan diiktiraf secara rasmi sebagai Jejak Pokok Bersejarah Pertama di Malaysia oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sekali gus menjadi pencapaian bersejarah bagi bandar ini.

MPI syor Kursi Akademik Kewartawanan Utusan Melayu di universiti tempatan

SUBANG JAYA, 28 Jun: Institut Akhbar Malaysia (MPI) mencadangkan penubuhan Kursi Akademik Kewartawanan Utusan Melayu di universiti tempatan bagi memperkukuh kajian dan pemahaman terhadap sejarah kewartawanan negara, khususnya peranan penting yang dimainkan oleh akhbar paling lama di Malaysia itu.

Lebih 200 operasi carilamat selamatkan lebih 1,000 nyawa tahun lepas – Maritim Kelantan

PASIR PUTEH, 28 Jun: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan sebanyak 226 operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) sepanjang tahun lepas, melibatkan 1,348 mangsa di seluruh negara.

Ahli PBB Kabong perlu tekankan semangat kerjasama, perpaduan

KABONG, 28 Jun: Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kabong diseru agar sentiasa menekankan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan ahli parti demi memperkukuhkan sokongan akar umbi serta memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan.

Qatar tuan rumah perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2025

ZURICH, 28 Jun: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Jumaat mengumumkan bahawa Qatar akan menjadi tuan rumah bagi tiga perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2025 pada Disember depan, menjadikannya tahun kedua berturut-turut negara itu menganjurkan perlawanan akhir kejohanan berprestij tersebut.

Suspek kes tipu RM13,000 ditahan di Bandar Sri Indah

TAWAU, 28 Jun: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun di Balai Polis Bandar Sri Indah selepas disyaki terlibat dalam kes penipuan jual beli dalam talian melibatkan kerugian sekitar RM13,000.