Sarawak Delta Geopark: Warisan geologi dan budaya

KUCHING, 27 Jun: Sarawak Delta Geopark bukan sekadar landskap, ia merupakan arkib saintifik dan tapak warisan yang menceritakan kisah evolusi geologi Sarawak, biodiversiti dan penduduknya.
Angkasawan pertama India, Hungary dan Poland tiba di ISS

NEW YORK, 27 Jun: Buat pertama kali, seorang warga India, Hungary dan Poland tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), lapor agensi berita Jerman (dpa).
666 juta penduduk dunia masih tanpa bekalan elektrik – Laporan PBB

NEW YORK, 27 Jun: Walaupun hampir 92 peratus penduduk dunia kini mempunyai akses asas kepada elektrik, lebih 666 juta orang masih hidup tanpa kemudahan itu, menurut laporan yang diterbitkan pada Rabu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan kongsinya.
Rusia, Ukraine tukar lebih ramai tawanan perang di bawah perjanjian Istanbul

MOSCOW, 27 Jun: Moscow dan Kyiv pada Khamis bertukar satu lagi kumpulan tawanan perang di bawah perjanjian Istanbul pada 2 Jun lepas, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Kementerian Pertahanan Rusia.
Erdogan desak usaha damai di Gaza, Ukraine seperti perjanjian Iran-Israel

ANKARA, 27 Jun: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Khamis memuji usaha Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam mencapai gencatan senjata antara Iran dan Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Rumah percutian, hutan musnah dalam kebakaran dekat Athens

ATHENS, 27 Jun: Kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berlaku di tenggara Athens pada Khamis, memusnahkan rumah percutian dan kawasan hutan ketika asap tebal menyelubungi ruang udara, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H berlangsung hari ini, Agong berangkat sempurnakan majlis

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Acara kemuncak Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2025M berlangsung hari ini di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini dengan jangkaan kehadiran lebih 8,000 tetamu tempatan serta antarabangsa.
