Dua penari cilik Sarawak cipta sejarah di Macedonia Utara

KUCHING, 27 Jun: Dua penari muda Sarawak, Jovanna Goh Yi Xuan dan Ariella Tang Chen Xin mencipta sensasi apabila membawa pulang tiga pingat emas, dua perak dan satu gangsa dalam kejohanan DSE Children Grand Prix & WDSF Bitola Open 2025 di Bitola, Macedonia Utara.

Melaka perkenal lafaz taklik dalam bentuk braille

MELAKA, 27 Jun: Melaka menjadi negeri pertama di negara ini menyediakan lafaz taklik dalam bentuk tulisan Braille bagi golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan sebagai usaha memudahkan proses melafazkan taklik sewaktu pernikahan.

Tiga sekolah di Kabong terima RM1.65 juta

KABONG, 27 Jun: Sebanyak RM1.65 juta peruntukan diluluskan menerusi Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) bagi pelaksanaan tiga projek pembangunan infrastruktur pendidikan di Kabong.

60 hektar ladang, hutan terbakar di Jalan Oya

SIBU, 27 Jun: Kebakaran hutan yang bermula sejak 24 Jun lalu memusnahkan kira-kira 60 hektar kawasan termasuk ladang sawit yang ditebang dan kawasan hutan berhampiran kira-kira lima kilometer dari Batu 9, Jalan Oya.

Remaja lelaki maut nahas dua kenderaan

KENINGAU, 27 Jun: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas kenderaan Perodua Alza yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Batu 11, Jalan Keningau–Sook malam tadi.