Pendirian Malaysia sokong Iran tepat, berlandaskan prinsip keadilan sejagat

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Pendirian Malaysia menyokong hak Iran untuk mempertahankan kedaulatan negara itu susulan serangan Israel disifatkan sebagai langkah yang tepat dan selaras dengan prinsip keadilan sejagat serta undang-undang antarabangsa.