141 individu terima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak

KUCHING, 25 Jun: Seramai 141 penerima dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak, hari ini.
Penambahan kerusi Parlimen, DUN hanya spekulasi – Fazzrudin

KUCHING, 25 Jun: Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman menegaskan bahawa penambahan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikatakan bakal dibincangkan dalam Persidangan Khas DUN Sarawak hanyalah spekulasi.
Forum pendidikan wilayah utara Australia 2025 perkukuh hubungan strategik Sarawak-Australia

KUCHING, 25 Jun: Forum Pendidikan Wilayah Utara Australia (FPWUA) 2025 menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara Kerajaan Sarawak dan Australia khususnya dalam bidang pembangunan bakat, latihan vokasional dan pendidikan tinggi.
Op Naga perhebat kawalan pencerobohan nelayan asing di Sarawak

KUCHING, 25 Jun: Usaha membanteras pencerobohan nelayan asing di perairan negara terus diperhebat menerusi pelaksanaan Operasi Naga Sarawak (Op Naga) yang dijalankan dari 18 hingga 21 Jun lalu.
Suami isteri warga asing ditahan kes bunuh di Sibu

SIBU, 24 Jun: Polis berjaya menahan pasangan suami isteri warga Indonesia kurang 12 jam selepas penemuan mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh di sebuah pondok kebun, Jalan Rantau Panjang, di sini semalam.
Tiga import baharu perkuat Kuching City FC – Fazzrudin

KUCHING, 25 Jun: Kuching City FC bakal diperkuatkan dengan kehadiran tiga pemain import baharu bagi menghadapi saingan Liga Super akan datang, umum Pengerusinya, Dato Fazzrudin Abdul Rahman.
586 Kelab PALS ditubuh, sasar capai semua sekolah menjelang 2030

KUCHING, 25 Jun: Penubuhan Kelab Pencinta Alam Sekitar (Kelab PALS) oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) sejak 1999 disifatkan sebagai langkah proaktif dalam memupuk kesedaran alam sekitar dalam kalangan generasi muda.
Kumpulan pertama rakyat Indonesia terjejas konflik Iran-Israel selamat tiba di Indonesia

JAKARTA, 24 Jun: Seramai 11 warga Indonesia yang dievakuasi dari Iran selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, malam tadi, menjadikan mereka kumpulan pertama pulang susulan konflik memburuk antara Iran dan Israel.
Teroka Pelan Tindakan Kerjasama Halal Malaysia – Kyrgyz

PUTRAJAYA, 25 Jun: Malaysia akan meneroka dengan lebih lanjut Pelan Tindakan Kerjasama Halal yang dicadangkan oleh Presiden Republik Kyrgyz, Sadyr Zhaparov sebagai usaha memperkukuh hubungan dua hala dalam sektor berkenaan.
RM13.7 juta sokong Kelab PALS di semua sekolah Sarawak

KUCHING, 25 Jun: Kerajaan Sarawak meluluskan geran khas berjumlah RM13.7 juta bagi menyokong penubuhan dan pengoperasian Kelab Pencinta Alam Sekitar (Kelab PALS) di semua sekolah di negeri ini.