Sarawak kehilangan tokoh wanita yang tenang, berpengaruh – Nancy

KUCHING, 23 Jun: Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tuanku Bujang merupakan seorang wanita yang tenang namun berpengaruh, sentiasa berdiri teguh di sisi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dengan sokongan dalam diam yang penuh kekuatan.
Zahid Hamidi kenang Allahyarhamah Puan Sri Juma’ani sebagai tokoh wanita berjiwa penyayang

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Datuk Openg atas pemergian isterinya, Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang awal pagi tadi.
TYT dan isteri zahir takziah atas pemergian isteri kepada Premier Sarawak

KUCHING, 23 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menzahirkan ucapan takziah kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas pemergian isteri beliau, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang awal pagi tadi.
Jenazah isteri Premier Sarawak akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang

KUCHING, 23 Jun: Jenazah isteri kepada Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang hari ini.
Sarawak peneraju Grid Kuasa ASEAN – Anwar

KUCHING, 22 Jun: Sarawak bakal menjadi pangkalan utama kepada pelaksanaan Grid Kuasa ASEAN, sekali gus mengukuhkan kedudukan negeri itu sebagai hab tenaga strategik rantau ini.
Anwar zahir takziah atas pemergian isteri Premier Sarawak

KUCHING, 23 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menzahirkan takziah kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas pemergian isteri tercinta, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.
Pendekatan ‘menang-menang’ Petronas dan Petros manfaatkan potensi tenaga negara

KUCHING, 23 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kejayaan masa depan industri minyak dan gas negara memerlukan kerjasama erat dan persepakatan antara PETRONAS dan PETROS bukannya dominasi satu pihak.
Pemergian isteri Premier Sarawak kehilangan besar buat rakyat

KUCHING, 23 Jun: Pemergian isteri kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg iaitu Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat rakyat Sarawak.
Dua warga emas maut disyaki akibat strok haba di Jepun

TOKYO, 23 Jun: Dua warga emas maut disyaki akibat strok haba di Wilayah Iwate dan Chiba, Jepun pada Ahad susulan peningkatan suhu di kawasan berkenaan, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Konflik Iran-Israel: 24 individu termasuk 17 rakyat Malaysia selamat tiba di KLIA

SEPANG, 23 Jun: Sebanyak 24 individu termasuk 17 rakyat Malaysia, yang dibawa keluar dari Iran susulan konflik yang semakin meruncing di negara itu selamat tiba di tanah air, malam ini.