Sultan Pahang zahir ucapan takziah kepada Premier Sarawak

KUANTAN 23 Jun: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas pemergian isterinya, awal pagi tadi.

Piala Negara-Negara CAFA 2025 ujian sebenar kemajuan Harimau Malaya

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Penyertaan sulung Malaysia dalam saingan Kejohanan Piala Negara-Negara Persatuan Bola Sepak Asia Tengah (CAFA) 2025 di Uzbekistan dari 26 Ogos hingga 9 Sept ini  bakal menjadi medan terbaik untuk menilai sejauh mana kemajuan sebenar skuad Harimau Malaya.