UNRWA beri amaran krisis kewangan serius ancam perkhidmatannya

NEW YORK, 23 Jun: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) memberi amaran yang ia sedang menghadapi krisis kewangan serius yang mengancam keupayaannya untuk terus beroperasi sehingga akhir tahun ini, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
BESarawak jadikan Indonesia pasaran utama MICE

JAKARTA, 23 Jun: Business Events Sarawak (BESarawak) kembali mengukuhkan kehadirannya di pasaran Indonesia menerusi penganjuran Sesi Kemaskini Produk MICE Sarawak dan Jaringan Usahasama yang berlangsung di Hotel JW Marriott di sini, hari ini.
Abang Bonnie, Bryan rangkul pingat gangsa di piala dunia Beijing

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Atlet para powerlifting negara Bryan Gustin menyumbang pingat gangsa dalam kategori lelaki 88 kilogram (kg) pada Kejohanan Piala Dunia 2025 di Beijing, China, hari ini.
Malaysia seru perpaduan negara anggota OIC di tengah-tengah ketegangan memuncak di Timur Tengah

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Malaysia menggunakan pentas global pada Sesi ke-51 Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang baru berakhir di Istanbul untuk menyeru perpaduan dalam kalangan negara anggota dalam menangani cabaran yang dihadapi dunia Islam, khususnya isu Palestin dan ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah.
Teknologi pintar lonjak kecekapan sistem bekalan air Sarawak

KUCHING, 23 Jun: Sarawak giat memanfaatkan teknologi pintar bagi melonjakkan kecekapan pengurusan sistem bekalan air sekali gus mengurangkan kadar air tidak berhasil.
Harga beras Jepun turun bawah US$27 bagi setiap 5kg buat kali pertama sejak Mac

TOKYO, 23 Jun: Harga purata beras di Jepun jatuh di bawah 4,000 yen (US$27) bagi setiap lima kilogram (kg) buat kali pertama dalam tempoh kira-kira tiga setengah bulan kepada 3,920 yen, kata kerajaan pada Isnin, dengan pengagihan stok simpanan yang meningkat dipercayai membantu menurunkan harga.
Sarawak teroka peluang kerjasama serantau urus sumber air secara mampan

KUCHING, 23 Jun: Sarawak menyatakan komitmen tinggi untuk meneroka kerjasama serantau berkaitan pengurusan air secara mampan, sejajar usaha memastikan keterjaminan bekalan air serta menangani cabaran perubahan iklim di rantau ini.
Raja Perlis kurnia darjah kebesaran, pingat negeri kepada 185 penerima

ARAU, 23 Jun: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mengurniakan darjah kebesaran dan pingat negeri kepada 185 penerima sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-82 pada istiadat penganugerahan darjah dan pingat itu yang berlangsung di Istana Arau di sini hari ini dan Khamis ini.
AirAsia X rancang jadikan rantau Asia Tengah fokus utama bagi peluasan rangkaian

SEPANG, 23 Jun: Syarikat penerbangan tambang rendah jarak sederhana, AirAsia X Bhd merancang menjadikan rantau Asia Tengah sebagai fokus utama bagi peluasan rangkaian penerbangannya, disokong potensi permintaan pasaran yang tinggi dan kurang diteroka syarikat penerbangan komersial.
Niaga hadapan emas melantun semula untuk ditutup tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives melonjak semula untuk ditutup lebih tinggi pada Isnin, didorong oleh ketegangan geopolitik yang meningkat susulan pengeboman kemudahan nuklear Iran oleh Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.