Pendidikan pendekatan berkesan tangani isu dadah – Dr Zulkifli

KOTA BHARU, 22 Jun: Pendidikan dilihat sebagai antara pendekatan paling berkesan dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
Polis buru tahanan lolos diri daripada jagaan sah pihak berkuasa

SIBU, 22 Jun: Polis sedang memburu seorang tahanan lelaki warganegara Indonesia yang meloloskan diri daripada jagaan sah pihak berkuasa di Balai Polis Sentral, petang semalam.
Tidak wajar sebar infografik maklumat palsu Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan penyebaran infografik mengandungi maklumat palsu yang mengaitkan Ketua Polis Negara baharu, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dengan parti politik tertentu sebagai satu fitnah.
Reformasi signifikan tarif elektrik untuk kecekapan tenaga negara

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai merupakan satu reformasi signifikan dalam usaha kerajaan memperkasa kecekapan tenaga dan penggunaan tenaga boleh baharu di negara ini.
Usaha bawa pulang rakyat Malaysia dari Iran diatur secara terperinci

BATU PAHAT, 22 Jun: Usaha membawa pulang rakyat Malaysia dari Iran sedang diselaras oleh Kementerian Luar dengan kerjasama pegawai kedutaan Malaysia.
TVS komited angkat muzik, budaya Sarawak ke pentas dunia

KUCHING, 22 Jun: TV Sarawak (TVS) terus komited memperkukuhkan peranannya sebagai penyiar rasmi dalam memperkasa warisan muzik dan budaya Sarawak ke peringkat antarabangsa khususnya Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF).
Penampilan sulung Earth, Wind & Fire di Sarawak

KUCHING, 22 Jun: Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2025 mencatat sejarah apabila kumpulan ternama dari Amerika Syarikat, Earth, Wind & Fire Experience by Al McKay membuat penampilan sulung mereka di Sarawak.
Sarjit sedia lepas jawatan jika gagal bawa Speedy Tigers ke Piala Dunia

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Sarjit Singh sedia mengambil tanggungjawab penuh termasuk melepaskan jawatannya sekiranya gagal membawa pasukan Malaysia layak ke Piala Dunia yang dijadualkan berlangsung pada Ogos tahun hadapan.
Trump: AS lakukan serangan “sangat berjaya” ke atas 3 tapak nuklear Iran

WASHINGTON, 22 Jun: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Sabtu berkata tentera AS telah melaksanakan serangan udara yang “sangat berjaya” ke atas tiga tapak nuklear Iran di tengah-tengah kebimbangan terhadap tercetusnya konflik yang lebih meluas di rantau itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
MFS PETROS Batu Kawa beroperasi tidak lama lagi

KUCHING, 22 Jun: Stesen Bahan Api Pelbagai (MFS) PETROS Batu Kawa dijangka mula beroperasi tidak lama lagi menjadikannya stesen ke-11 di Sarawak dan stesen andalan kedua yang mampu membekalkan hidrogen di rantau ini.