RM7.5 juta disalur kepada usahawan mikro Sabah

PENAMPANG, 22 Jun – Seramai 1,809 usahawan mikro di Sabah menerima manfaat daripada Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT) dengan jumlah pembiayaan keseluruhan sebanyak RM7.5 juta sejak pelancarannya pada tahun 2023.
Majlis Media Malaysia platform terbaik tangani isu etika kewartawanan – Fahmi

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Majlis Media Malaysia merupakan platform terbaik untuk menguruskan isu berkaitan etika kewartawanan, termasuk penerbitan infografik mengenai pelantikan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, oleh sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Dua lelaki di Pulau Pinang rugi RM2.35 juta ditipu sindiket pelaburan

GEORGE TOWN, 22 Jun: Dua lelaki termasuk seorang warga emas mengalami kerugian RM2.35 juta selepas masing-masing menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan dalam talian, pada kejadian berasingan di Pulau Pinang baru-baru ini.
Penganggur mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki

KOTA BHARU, 22 Jun: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun pada 12 Jun lepas.
Advokasi perlindungan kanak-kanak tingkat kesedaran masyarakat

KOTA SAMARAHAN, 22 Jun: Program advokasi perlindungan kanak-kanak bukan sahaja menekankan aspek perundangan tetapi turut membongkar realiti sebenar yang berlaku dalam masyarakat termasuk isu penderaan, pengabaian dan eksploitasi.
SABERKAS landasan terbaik lahir modal insan dan belia cemerlang – Safiee

LAWAS, 22 Jun: Pertubuhan Belia Kebangsaan Sarawak (SABERKAS) menjadi landasan terbaik dalam melahirkan modal insan dan belia Sarawak yang aktif dan cemerlang.
Pesawat terbang rendah sempena perbarisan persaraan Panglima Tentera Udara

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan tertentu khususnya di sekitar ruang udara Subang, bermula hari ini hingga Khamis depan.
Hak di bawah undang-undang antarabangsa tidak boleh dirampas melalui perang – Presiden Iran

ISTANBUL, 22 Jun: Presiden Iran Masoud Pezeshkian pada Sabtu menegaskan bahawa hak yang diberikan kepada negara di bawah undang-undang antarabangsa “tidak boleh dirampas melalui peperangan dan ancaman,” lapor Anadolu Ajansi (AA).
Gawai Dayak 2025 melabuh tirai, budaya terus dipelihara

KUCHING, 22 Jun: Sambutan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2025 bakal melabuhkan tirainya malam ini selepas berlangsung sejak 15 Mei lalu, memperlihatkan keunikan budaya masyarakat Dayak yang diraikan meriah di seluruh wilayah ini.
RWMF: TVS platform promosi warisan Sarawak

KUCHING, 22 Jun: TV Sarawak (TVS) terus komited memperkukuh peranannya sebagai penyiar rasmi dalam usaha memartabatkan warisan muzik dan budaya Sarawak ke persada antarabangsa.