Semarakkan Gawai, ribuan masyarakat saksi kemeriahan perarakan Niti Daun

KUCHING, 21 Jun: Ribuan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini tidak mahu melepaskan peluang bagi sama-sama menyaksikan kemeriahan perarakan Niti Daun, salah satu acara kemuncak dalam sambutan Gawai Dayak 2025 yang bermula di Bangunan Tun Jugah dan berakhir di Tebingan Kuching di sini, hari ini.
Rachel terus kempunan gelaran Asia

KUCHING, 21 Jun: Hasrat pemain skuasy wanita negara Rachel Arnold menamatkan kemarau gelaran Asia selama sedekad tidak kesampaian apabila tewas kepada wakil Hong Kong, Ho Tze Lok dalam aksi final Kejohanan Skuasy Individu Asia ke-23 di Pusat Skuasy Sarawak, Petra Jaya, hari ini.
Piala Negara-Negara FIH 2025: Speedy Tigers akhiri saingan di tempat keenam

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Malaysia menamatkan kempen Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) 2025 di tempat keenam selepas tewas 1-2 kepada Wales dalam aksi penentuan tempat kelima di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.
LAS kenal pasti punca masalah gangguan air, komited laksana penyelesaian menyeluruh

SIBU, 21 Jun: Gangguan bekalan air yang melanda kawasan Kemuyang, Sibu Jaya, Kem Rascom dan sekitarnya sejak dua minggu lalu berpunca daripada kebocoran paip utama serta peningkatan penggunaan air secara luar biasa di beberapa premis penting.
Seramai 131 penerima terima dana MRP berjumlah RM1.28 juta

SIBU, 21 Jun: Seramai 131 penerima terdiri daripada persatuan, kelab, badan bukan kerajaan (NGO), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekitar Sibu menerima peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM1.28 juta.
Niti Daun 2025: Serlah keunikan budaya pelbagai etnik Sarawak

KUCHING, 21 Jun: Perarakan Niti Daun sempena Perayaan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2025 sekali lagi memperlihatkan keunikan budaya pelbagai etnik di negeri ini dengan sorotan utama tahun ini diberikan kepada komuniti Orang Ulu sebagai giliran tuan rumah.
Sarawak catat peningkatan kes penyalahgunaan dadah berulang

KOTA SAMARAHAN, 21 Jun: Sarawak mencatat peningkatan sebanyak 120 peratus kes penyalahgunaan dadah berulang iaitu daripada 319 kepada 703 kes hingga April tahun ini.
Dua remaja sesat diselamatkan selepas ‘WhatsApp’ lokasi keberadaan

BUKIT MERTAJAM, 21 Jun: Dua remaja lelaki yang sesat ketika melakukan aktiviti mendaki Bukit Cherok Tok Kun di sini hari ini, berjaya diselamatkan selepas menghantar lokasi keberadaan mereka melalui aplikasi WhatsApp.
Bomba bantu remaja perempuan alami kekejangan kaki ketika daki Gunung Singai

BAU, 21 Jun: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun berdepan detik cemas selepas mengalami kekejangan kaki ketika mendaki Gunung Singai di sini, hari ini.
Perintah Khidmat Masyarakat ‘talian hayat kedua’ pesalah muda

KUCHING, 21 Jun: Program Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) menjadi ‘talian hayat kedua’ bagi pesalah muda untuk memperbaiki diri yang seterusnya diharap dapat menjadi aset kepada masyarakat.