IAEA sahkan tapak reaktor Khondab, Iran terkena serangan

ISTANBUL, 20 Jun: Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Khamis mengesahkan bahawa pihaknya mempunyai maklumat yang menunjukkan tapak reaktor penyelidikan air berat Khondab di Iran telah terkena serangan, namun tiada risiko radiologi dilaporkan kerana kemudahan itu belum lagi beroperasi, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Penyanyi era 80-an Zaleha Hamid meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 20 Jun: Penyanyi veteran era 1980-an Zaleha Hamid meninggal dunia pada usia 70 tahun akibat jangkitan paru-paru di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru kira-kira 8.30 malam tadi.

5 maut akibat demam berdarah Crimean-Congo di Pakistan tahun ini

ISLAMABAD, 20 Jun: Tiga lagi kematian akibat demam berdarah Crimean-Congo (CCHF) dilaporkan di Pakistan, menjadikan jumlah korban setakat tahun ini meningkat kepada lima, menurut jabatan kesihatan wilayah pada Khamis, lapor Xinhua.