JBPM hasrat pelajari penggunaan AI, robotik daripada Rusia – Nor Hisham

PUTRAJAYA, 19 Jun: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhasrat meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Pertahanan Awam, Kecemasan dan Pengurusan Bencana Alam Rusia (EMERCOM) dalam meneroka potensi penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan robotik bagi operasi tindak balas kecemasan serta pemadaman kebakaran.

Empurau pemangkin ekonomi baharu Sarawak

SERIAN, 19 Jun: Kerajaan Sarawak kini giat memperkasakan semula industri akuakultur khususnya penternakan ikan empurau (Tor tambroides) sebagai salah satu pemangkin utama pertumbuhan ekonomi wilayah ini dan sumber tarikan pelancongan baharu.

China laksanakan tarif sifar kepada negara paling kurang membangun

GENEVA, 19 Jun: China secara rasmi memaklumkan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) bahawa negara itu telah memberikan layanan tarif sifar bagi 100 peratus produk yang tersenarai dalam senarai item bercukai daripada semua negara yang tergolong sebagai Negara Paling Kurang Membangun (LDC) dan mempunyai hubungan diplomatik dengan Beijing.

KPN lancarkan Rangkaian Aduan Komuniti Awam Nasional (RAKAN)

SHAH ALAM, 19 Jun: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah memperkenalkan platform digital Rangkaian Aduan Komuniti Awam Nasional (RAKAN) yang membolehkan orang awam menyalurkan aduan berkaitan isu perpaduan dengan lebih mudah, pantas dan selamat.