Limbang dan Lawas digazet untuk penanaman padi

KUCHING, 18 Jun: Dua lokasi di Sarawak iaitu Limbang dan Lawas telah digazetkan manakala beberapa kawasan lagi akan dikenal pasti bagi tujuan penanaman padi sebagai persiapan masa hadapan keterjaminan bekalan asas makanan khususnya beras.
Perkhidmatan 25 tahun Margarita di Pusat Biodiversiti Sarawak berbaloi

KUCHING, 18 Jun: Perkhidmatan selama 25 tahun Margarita Naming dengan Pusat Biodiversiti Sarawak akhirnya diterjemahkan dengan penganugerahan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K.) yang dikurniakan kepadanya hari ini.
Bank Rakyat lancar InstaCash, pembiayaan pantas untuk pekerja swasta

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Bank Rakyat memperkenalkan pembiayaan peribadi-i Swasta (InstaCash) yang lebih mudah, pantas dan inklusif, khusus kepada pekerja sektor swasta.
Bot tunda langgar syarat lesen ditahan di perairan Bintulu

BINTULU, 18 Jun: Sebuah bot tunda ditahan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu dalam satu rondaan petang semalam.
AFFIN kukuhkan kedudukan, tersenarai dalam Fortune Southeast Asia 500

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Kumpulan AFFIN sekali lagi menerima pengiktirafan antarabangsa selepas tersenarai buat tahun kedua berturut-turut dalam Fortune Southeast Asia 500, mengukuhkan kedudukannya sebagai antara syarikat terkemuka di rantau ini.
Gillian ke-7 Terbuka AS, bawa pulang hadiah lebih RM36,000

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Pemain boling kebangsaan, Gillian Lim menamatkan kempen Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2025 di tempat ketujuh sekali gus membawa pulang hadiah kemenangan lebih RM36,000 pada Selasa.
Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara buka laluan kepada pelaburan tenaga boleh baharu serantau

KUCHING, 18 Jun: Malaysia diyakini mampu muncul sebagai destinasi utama pelaburan tenaga bersih di rantau ASEAN hasil kejelasan dasar peralihan tenaga, kemampuan infrastruktur dan persekitaran pelaburan yang kondusif.
137 individu terima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak

KUCHING, 18 Jun: Seramai 137 penerima telah dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri yang berlangsung di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak, hari ini.
KPWK turun padang santuni warga Rumah Panjang Kampung Rayu Iban

KUCHING, 18 Jun: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak menyantuni lebih 1,000 warga rumah panjang Kampung Rayu Ibanpada hari ini sempena Program Outreach Ziarah Gawai dan Raya KPWK bersama rakan strategiknya.
Pelan Tindakan Kerjasama Tenaga ASEAN fasa baharu pacu kerjasama tenaga serantau

KUCHING, 18 Jun: Pelan Tindakan Kerjasama Tenaga ASEAN (APAEC) Fasa Kedua 2026–2030 akan memberi tumpuan kepada tiga bidang keutamaan utama yakni peralihan tenaga bersih, keterjaminan tenaga dan integrasi tenaga serantau sebagai kesinambungan kepada pelan terdahulu.