Rubiah Wang terus sokong pendidikan dan komuniti

KOTA SAMARAHAN, 14 Jun: Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang terus komited menyokong pembangunan pendidikan khususnya dalam membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).
Projek Grid Tenaga ASEAN: Sarawak sedia main peranan utama

KUCHING, 14 Jun: Penduduk sekitar Kuching optimis Sarawak kini berada pada landasan tepat untuk memainkan peranan utama dalam Projek Grid Tenaga ASEAN (ASEAN Power Grid – APG) sejajar dengan usaha meningkatkan keterhubungan tenaga serantau yang sedang digerakkan oleh negara-negara anggota ASEAN.
Tong gas meletup, warga emas cedera

BINTULU, 14 Jun: Seorang lelaki warga emas cedera selepas terkena serpihan kaca dalam kejadian letupan tong gas di sebuah kediaman di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Kidurong, di sini hari ini.
KUSKOP komited perkukuh ekosistem keusahawanan

KOTA BELUD, 14 Jun: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) komited memperkukuh kerjasama strategik merentas agensi, institusi kewangan, kerajaan negeri, sektor swasta dan komuniti usahawan bagi membentuk ekosistem keusahawanan negara yang progresif, mampan dan inklusif.
Lima premis makanan di Bintulu diarah tutup

BINTULU, 14 Jun: Sebanyak lima daripada 35 premis makanan yang diperiksa di sekitar Bintulu minggu ini telah diarahkan tutup sementara oleh Unit Kawalan Kebersihan dan Keselamatan Makanan, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).
Pasukan Jabatan Pengisian Islam TV3 juara Pesta Pantun HAWANA-DBP 2025

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Jabatan Pengisian Islam TV3 diumum sebagai juara Pesta Pantun HAWANA-Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2025, selepas menewaskan pasukan Astro Radio News, pada pertandingan yang julung kali diadakan sempena Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025.
Tun Wan Junaidi hargai pengorbanan bapa

KUCHING, 14 Jun: Seorang bapa bukan sekadar pencari nafkah tetapi juga pelindung, pembimbing, pembentuk nilai dan moral, serta sumber inspirasi utama dalam kehidupan anak-anak.
KKM rakam dukacita pemergian Dr. Ahmad Rafizee

KUCHING, 14 Jun: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita atas pemergian Pegawai Perubatan Hospital Bintulu, Allahyarham Dr. Ahmad Rafizee Mohd Saian yang maut dalam kemalangan jalan raya berhampiran Jambatan Suai, Bintulu, pada Jumaat.
Maher Zain kembali dengan konsert jelajah Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Penyanyi dan komposer terkenal kelahiran Lubnan-Sweden, Maher Zain bakal mengadakan konsert di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Singapura, Ogos ini selepas enam tahun tidak berkunjung ke negara ini.
Sarawak hab permotoran Borneo menerusi BSDS2025

KUCHING, 14 Jun: Penganjuran Borneo Star Drift Series 2025 (BSDS2025) membuktikan kesediaan Sarawak untuk muncul sebagai hab permotoran utama di rantau Borneo.