300 peserta disasarkan sertai Samarahan Bike Challenge 2025

KUCHING, 12 Jun: Seramai 300 peserta disasarkan menyertai Edisi Kesembilan Samarahan Bike Challenge (SBC) 2025 yang bakal berlangsung pada 22 Jun ini di sepanjang Jalan Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan.
KL City, KDN dan PDRM dapat lesen kebangsaan

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Badan bebas First Instance Body (FIB) telah meluluskan lesen kebangsaan kepada Kuala Lumpur City FC (KL City), Kelantan Darul Naim FC (KDN) dan PDRM FC bagi menyertai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim baharu.
Sukan rakyat Orang Ulu meriahkan Karnival Gawai Tradisional 2025

MIRI, 12 Jun: Karnival Gawai Tradisional Peringkat Negeri Sarawak 2025 yang berlangsung di FORUM Cultural Centre Miri selama dua hari bermula hari ini bukan sahaja meriah dengan pelbagai persembahan kebudayaan, malah menjadi pentas penyatuan komuniti Orang Ulu dari seluruh negeri menerusi pertandingan sukan rakyat berasaskan warisan tradisi.
Koleksi Diraja dibawakan ke Limbang sempena Keputeraan Yang di-Pertuan Agong ke-17

LIMBANG, 12 Jun: Jabatan Muzium Malaysia membawa replika koleksi diraja ke Limbang menerusi Pameran Raja Kita sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Yang di-Pertuan Agong ke-17 peringkat Sarawak, di sini.
Sistem tali sawat pengangkut alumina di sebuah kilang Samalaju terbakar

BINTULU, 12 Jun: Sistem tali sawat yang digunakan mengangkut alumina terbakar di sebuah kilang di Taman Perindustrian Samalaju Jalan Pesisir Bintulu-Miri awal pagi tadi.
DAYANG perkasa usahawan wanita Sabah kuasai ekonomi digital

SANDAKAN, 12 Jun: Inisiatif DAYANG, sebuah skim pinjaman dan bimbingan khas untuk wanita diperkenalkan dalam program ‘Kuasa Wanita, Kuasa Ekonomi’ sebagai usaha memperkasakan wanita Sabah dalam bidang keusahawanan dan ekonomi digital.
Balai raya dibina di Debak perkukuh aktiviti komuniti

Debak, 12 Jun: Sebuah balai raya komuniti bernilai RM400,000 kini dalam pembinaan di Debak sebagai usaha memperkasa kemudahan infrastruktur luar bandar dan menyediakan ruang selesa untuk pelbagai aktiviti penduduk setempat.
Seniorpreneur: Inisiatif perkasa pesara ceburi bidang usahawan

KUCHING, 12 Jun : Satu program khas untuk golongan pesara atau yang bakal bersara dicadangkan bagi membantu mereka menceburi bidang keusahawanan, kata Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat.
Simposium Fabrik ASEAN 2025 akan diadakan pada 9 hingga 10 Julai

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Simposium Fabrik ASEAN 2025 akan berlangsung dari 9 hingga 10 Julai di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia (BNM), di sini, menyoroti perjalanan luar biasa tekstil ASEAN bermula sekadar warisan budaya kepada inovasi mampan.
Hari TVET Negara: Reruai aeroangkasa, penerbangan jadi tumpuan pengunjung

MELAKA, 12 Jun: Reruai bidang aeroangkasa dan penerbangan menjadi antara tumpuan para pengunjung pada sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2025 yang berlangsung sejak semalam.