Lokasi nahas di JRTB antara dikenal pasti bagi kerja naik taraf tahun ini – Nanta

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Lokasi kemalangan yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam, antara seksyen di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) yang telah dikenal pasti bagi kerja naik taraf pada tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM55 juta.
Pemain beregu jangan leka dengan kejayaan – Rexy

PUTRAJAYA, 10 Jun: Pengarah Kejurulatihan beregu negara Rexy Mainaky mengingatkan gandingan negara supaya tidak leka dengan kejayaan demi kejayaan yang dicapai hingga boleh menjejaskan prestasi mereka.
Kerajaan komited tingkat bilangan syarikat milik usahawan wanita – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Bilangan syarikat milik usahawan wanita di Malaysia masih kurang berbanding di negara ASEAN lain iaitu hanya sekitar 20 peratus atau 210,000 syarikat daripada jumlah keseluruhan perusahaan di negara ini.
Kelayakan AFC: Operasi Stesen Bukit Jalil dilanjutkan hingga 12.30 tengah malam

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Waktu operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan hingga 12.30 tengah malam ini bersempena dengan perlawanan Kelayakan Piala Asia AFC antara Malaysia dengan Vietnam yang berlangsung malam ini.
Lapan projek RTP dilaksana di Lingga tahun depan

KUCHING, 10 Jun: Sebanyak lapan projek bernilai RM1 juta akan dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Bahagian Betong pada tahun 2026.
Suruhanjaya PBB dakwa Israel lakukan genosid di Gaza, serangan ke sekolah dan tempat ibadat

RAMALLAH, 10 Jun: Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Wilayah Palestin Diduduki dan Israel, mendakwa Israel melakukan genosid dengan menyasarkan orang awam yang berlindung di sekolah dan tempat ibadat di Gaza, sebagai sebahagian daripada apa yang digambarkan sebagai “kempen sistematik untuk menghapuskan kehidupan rakyat Palestin.”
19 pintu rumah pekerja di Belaga musnah dalam kebakaran

BELAGA, 10 Jun: Sebanyak 19 pintu rumah pekerja Tanjung Sinar Sdn. Bhd Murum di sini musnah dalam kebakaran hari ini.
SMK Selangau dijangka siap awal dari jadual

SELANGAU, 10 Jun: Projek pembinaan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selangau yang bernilai RM81 juta dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026, enam bulan lebih awal daripada jadual asal.
Tempoh loji solar terapung di Bakun dijangka siap dua tahun lagi

SHANGHAI, 10 Jun: Pembangunan loji solar terapung di Empangan Hidroelektrik Bakun dijangka siap sekurang-kurangnya dalam tempoh 18 bulan atau 2 tahun.
27 projek RTP dilaksana di Betong tahun depan

KUCHING, 10 Jun : Sebanyak 27 projek telah disenaraikan dalam cadangan pelaksanaan d bawah Projek Transfirmasi Luar Bandar (RTP) pada tahun depan bagi kawasan Parlimen Betong.