Saya lihat rakan tersepit, hanya mampu selamatkan diri – Mangsa

GERIK, 9 Jun: “Saya hanya mampu lihat kawan-kawan meronta dan menjerit minta tolong… Ada yang tersepit dan ada yang terus senyap, tetapi saya tidak mampu berbuat apa-apa,” itu cerita yang dikongsi seorang daripada mangsa yang terselamat dalam kemalangan maut melibatkan sebuah bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi.