Isu tong LPG libatkan PPKB 2021, bukan Akta Kawalan Bekalan 2022 – Armizan

KUALA LUMPUR, 8 Jun: Isu berhubung penggunaan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi adalah melibatkan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 (PPKB (Pindaan) 2021) dan bukannya Akta Kawalan Bekalan (Pindaan) 2022 (Akta A1652) seperti yang difahami sesetengah pihak, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Laporan tentang isu Penan di Long Tepen kurang tepat – Dennis Ngau

KUCHING, 8 Jun: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau menegaskan bahawa dakwaan terhadap sebuah syarikat pembalakan di kawasan Long Tepen yang dituduh menjejaskan hak komuniti Penan adalah tidak adil dan tidak menggambarkan situasi sebenar di lapangan.

PCCA 2025: Pereira rangkul kemenangan ketiga di Litar Sepang

SEPANG, 8 Jun: Pelumba pasukan Shanghai Yonda BWT, Dylan Pereira meneruskan rentak cemerlang dalam kempen Piala Porsche Carrera Asia (PCCA) 2025 apabila menjuarai pusingan ketujuh yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Garis panduan untuk pastikan tawaf selamat dan selesa buat jemaah dikeluarkan

MAKKAH, 8 Jun: Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menggesa jemaah haji agar mematuhi garis panduan kesihatan dan keselamatan pencegahan bagi memastikan pengalaman tawaf yang lancar dan selamat sepanjang musim haji tahun ini (1446H).