Aliff Rakib tundukkan petarung Maghribi di Bangkok

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Petarung Muay Thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib membuktikan pengorbanan bertarung pada Aidiladha berbaloi apabila meraih kemenangan di kejohanan ONE Championship dalam kategori strawweight hari ini.
Petronas beku pengambilan pekerja sehingga Disember 2026

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Petroliam Nasional Sdn Bhd (Petronas) mengumumkan pelaksanaan pembekuan umum aktiviti pengambilan pekerja sehingga Disember 2026.
Kawalan import antara punca harga daging lembu di Sarawak lebih mahal – Fadillah

KUCHING, 7 Jun: Kawalan ketat terhadap import lembu selain kos logistik yang terhad menjadi antara punca kenaikan harga daging lembu di Sarawak.
Ibadah korban eratkan perpaduan masyarakat komuniti – Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Ibadah korban sempena Aidiladha bukan sahaja memenuhi tuntutan agama, bahkan membuka ruang mengeratkan hubungan antara rakyat, termasuk antara agensi kerajaan dan komuniti setempat, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Program Rindang Sayang: From Perak to Kenyalang santuni kaum Rara

KUCHING, 7 Jun: Kaum Rara sebuah komuniti etnik terpencil yang eksklusif dan hanya dapat ditemui di Lundu disantuni menerusi Program Rindang Sayang: From Perak to Kenyalang.
Perarakan Gawai Dayak medium terbaik perkenal budaya asal Dayak ke peringkat global

BETONG, 7 Jun: Perarakan Gawai Dayak 2025 Bahagian Betong platform terbaik untuk memperkenalkan budaya asal masyarakat Dayak ke peringkat global, sekali gus mampu menarik lebih ramai pelancong ke daerah itu.
Dua jam selesai korban 45 lembu, kambing

NILAI, 7 Jun: Kerjasama erat dan penglibatan aktif komuniti, termasuk ahli kariah Surau Al-Mahabbah, Taman Desa Indah di sini, memainkan peranan penting dalam memastikan pelaksanaan ibadah korban tahun ini melibatkan 45 ternakan berjalan lancar.
Bangladesh rancang adakan pilihan raya pada April tahun depan

DHAKA, 6 Jun: Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh Muhammad Yunus pada Jumaat berkata pilihan raya umum negara itu akan diadakan pada April tahun depan, lapor Xinhua.
Bank Rakyat sumbang 45 ekor lembu, manfaat lebih 20,000 penduduk Islam Kemboja

KAMPOT (Kemboja), 7 Jun: Sebanyak 45 ekor lembu telah dikorbankan sempena sambutan Aidiladha di Kampot, Kemboja menerusi inisiatif Program Kembara Qurban Kemboja anjuran Bank Rakyat, memberi manfaat kepada lebih 20,000 penduduk Islam yang rata-ratanya terdiri daripada golongan memerlukan.
Malaysia kukuh kerjasama ASEAN-GCC demi keadilan rakyat Palestin

PUTRAJAYA, 7 Jun: Malaysia akan terus memperjuangkan penyelesaian aman bagi menghentikan kekejaman rejim Israel di Gaza, dengan mempelopori kerjasama lebih erat antara negara ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC), serta negara Islam seperti Turki, Iran dan Pakistan.