Aidiladha: Penternak di Sibu hadapi cabaran bekalan lembu korban terhad

SIBU, 5 Jun: Permintaan lembu korban terus meningkat menjelang Aidiladha, namun penternak berpengalaman dari Sibu, Putit Rapiee, menghadapi kekangan bekalan dan tenaga kerja yang mengehadkan jumlah haiwan ternakan itu yang dapat dibekalkannya tahun ini.

TFC nafi khabar angin perpindahan Akhyar

KUALA NERUS, 5 Jun: Terengganu FC (TFC) menafikan laporan yang mendakwa pihaknya sedang berunding dengan kelab dari Brunei Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM) FC untuk proses perpindahan pemain sayap lincah Muhammad Akhyar Abdul Rashid.

Peletakan jawatan dua menteri tidak jejas pelan strategik ESG negara, RMK-13

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Peletakan jawatan dua menteri utama tidak akan menganggu kemajuan dalam menyiapkan Pelan Strategik Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Kebangsaan (NESP) serta Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) memandangkan kedua-duanya hampir lengkap, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.

Indonesia bakal labur US$240 bilion untuk tingkatkan mutu sektor kesihatan negara

JAKARTA, 5 Jun: Indonesia menjangkakan jumlah perbelanjaan penjagaan kesihatan mencecah US$240 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan hampir satu pertiga daripada jumlah itu dikhaskan untuk peralatan perubatan dan pembangunan teknologi kesihatan.