Di sebalik tabir kilang Kiswah: Warisan seni Islam dipertonton kepada media global

MAKKAH, 4 Jun: Sebagai sebahagian daripada Program Haji kerajaan Arab Saudi, wakil media antarabangsa termasuk dari Malaysia diberi peluang melawat Kompleks Raja Abdulaziz di Makkah pada Selasa untuk menyaksikan sendiri proses pembuatan Kiswah Kaabah — satu tradisi yang dimulakan secara rasmi oleh Raja Abdulaziz pada tahun 1927.

Sepak takraw: Ahmad Jais lakukan rombakan menjelang Piala Raja Thai

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Ketua jurulatih kebangsaan Ahmad Jais Baharu akan melakukan rombakan terhadap skuad sepak takraw dengan menampilkan bakat baharu bagi menghadapi saingan Piala Raja Thai pada 20 hingga 27 Julai di Korat, Thailand.

SFC hantar SWIFT siasat kemunculan harimau dahan Borneo

KUCHING, 4 Jun: Pasukan Respon Pantas Hidupan Liar (SWIFT) Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dihantar ke Matu di Bahagian Mukah tengah Sarawak, susulan laporan mengenai penemuan seekor harimau dahan Borneo (Neofelis diardi borneensis) di situ, baru-baru ini.

GPS komited utamakan kepentingan rakyat

MIRI, 4 Jun: Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus komited memastikan kepentingan rakyat dan negeri Sarawak sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap keputusan dan tindakan kerajaan negeri.