SUPP tekad perkukuh agenda pembangunan GPS

KUCHING, 4 Jun: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menegaskan perjuangan pembangunan yang diterajui Gabungan Parti Sarawak (GPS) belum selesai dan memerlukan komitmen berterusan daripada semua pihak agar tiada kawasan tercicir daripada arus kemajuan.
Peniaga pasar malam dipenjara 30 bulan pecah masuk kediaman bekas MB Kedah

ALOR SETAR, 4 Jun: Seorang peniaga pasar malam dijatuhi hukuman penjara 30 bulan hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pecah rumah dan mencuri di kediaman bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada minggu lalu.
Dadali gegarkan Malaysia menerusi Konsert Sebuah Kisah Live in KL

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Kumpulan dari Indonesia yang terkenal menerusi seleksi lagu – lagu galau, Dadali akan menggegarkan ibu negara sempena penganjuran Konsert Dadali Sebuah Kisah Live in KL pada 5 Julai depan.
238 PATI ditahan dalam operasi imigresen di Sandakan

SANDAKAN, 4 Jun: Seramai 238 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Sapu dan Ops Mahir yang dijalankan Jabatan Imigresen Sabah di empat lokasi sekitar Sandakan sejak tengah malam Selasa hingga pagi Rabu.
Ejen pelancongan Perancis puji keunikan Sabah

KOTA KINABALU, 4 Jun: Seramai 15 ejen pelancongan utama dari Perancis telah menamatkan lawatan tiga hari mereka ke Sabah hari ini dengan penuh kekaguman terhadap keunikan budaya, alam semula jadi dan tarikan pengembaraan negeri ini.
Akauntan di Sibu rugi RM50,000 terpedaya dengan Gennie

SIBU, 4 Jun: Seorang wanita tempatan di sini mengalami kerugian RM50,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan tidak wujud yang dipromosikan melalui laman sosial Facebook.
Pasukan Reborn Sabah juarai acara tarik tali Pesta Lun Bawang

LAWAS, 4 Jun: Pasukan Reborn Sabah tampil menjuarai Kejohanan Tarik Tali Terbuka sempena Pesta Lun Bawang yang berlangsung di Komplek Sukan Lawas hari ini.
Mayat mangsa lemas di Sungai Tatau ditemui

TATAU, 4 Jun: Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas berhampiran Rumah Panjang Enjan, Nanga Biban, Sungai Tatau ditemui hari ini.
Indonesia sahkan tujuh kes baharu COVID-19 ketika jangkitan serantau meningkat

JAKARTA, 4 Jun: Kementerian Kesihatan Indonesia mengesahkan tujuh kes baharu COVID-19 yang dikesan antara 25 hingga 31 Mei, ketika beberapa negara jiran berdepan peningkatan semula kes, lapor stesen Metro TV.
Remaja perempuan lemas di Sungai Katibas, mayat ditemui pada hari ketiga pencarian

SONG, 4 Jun: Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Katibas berhampiran Rumah Robert, Nanga Bajor ditemui meninggal dunia hari ini.