US-backed group suspends Gaza aid operations

GAZA CITY, Jun 4: A US- and Israeli-backed group operating aid sites in Gaza shut its facilities on Wednesday, as the Israeli army warned that roads leading to distribution centres were “considered combat zones”.
UNICEF: Keruntuhan sistem kesihatan ancam nyawa kanak-kanak di Gaza

RAMALLAH, 4 Jun: Keruntuhan sistem kesihatan kini menjadi ancaman serius terhadap nyawa kanak-kanak di Semenanjung Gaza, kata jurucakap Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Palestin, Kazim Abu Khalaf.
Niaga hadapan MSM ditutup tinggi susulan eksport kukuh

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, didorong oleh prestasi eksport yang lebih kukuh dan harga minyak kacang soya yang lebih tinggi di Chicago Board of Trade (CBOT), kata peniaga minyak sawit David Ng.
Kelahiran di Jepun 2024 jatuh bawah 700,000

TOKYO, 4 Jun: Jumlah kelahiran di Jepun pada 2024 jatuh di bawah 700,000 buat kali pertama, susut 5.7 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 686,061, menurut data kerajaan yang diumumkan pada Rabu, sekali gus menyerlahkan trend berterusan perkahwinan dan kelahiran lewat, lapor Kyodo News.
Malaysia sasar setengah juta pelancong dari UK sempena TMM2026

LONDON, 4 Jun: Malaysia menyasarkan ketibaan 500,000 pelancong dari United Kingdom (UK) sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
127 PATI warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal

TAWAU, 4 Jun: Seramai 127 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal melalui Terminal Feri Tawau ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia dalam satu operasi terbaharu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, semalam.
KKM, Kementerian Komunikasi lancar “The Black Mark” perangi tabiat merokok dan vaping

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi hari ini melancarkan sebuah video pendek berjudul The Black Mark, yang membawa mesej mengenai bahaya merokok dan penggunaan rokok elektronik (vape), khususnya dalam kalangan generasi muda sebagai usaha menjamin kesihatan awam.
Lelaki maut dihempap jentera berat di Kundasang

RANAU, 4 Jun: Seorang lelaki berusia 41 tahun maut selepas dihempap sebuah jentera berat ketika menjalankan kerja pembaikan di Kampung Montoki, Kundasang, hari ini.
Affin Group mula disenaraikan di pasaran bon AS dengan terbitan nota US$300 juta

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Affin Group mula disenaraikan di pasaran bon dolar AS dengan terbitan nota kanan tanpa cagaran dengan nilai nominal sebanyak US$300 juta (RM1.27 bilion) di bawah program nota jangka sederhana euro (EMTN) berjumlah US$2 bilion (RM8.46 bilion).
Polis siasat kes 80 bakal jemaah haji terkandas di KLIA

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung insiden membabitkan kira-kira 80 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas didapati menggunakan visa pelancong bagi menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.