Perjalanan jemaah haji lancar dan teratur, kata pegawai

MAKKAH, 3 Jun: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menzahirkan komitmen untuk memastikan pengalaman yang lancar dan teratur bagi semua jemaah pada musim haji tahun ini menerusi perancangan rapi serta pemantauan berterusan terhadap semua petunjuk operasi.
Enam SPK dilulus di DUN Saribas

BETONG, 3 Jun: Sebanyak enam projek Skim Pembesaran Kampung (SPK) telah diluluskan di kawasan Saribas setakat ini.
Pakar PBB desak laluan selamat bagi kapal bantuan Freedom Flotilla ke Gaza

GENEVA, 3 Jun: Pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat diberikan kepada kapal Freedom Flotilla Coalition yang berlepas dari Itali pada Ahad (1 Jun), membawa bekalan perubatan penting, makanan dan barangan kanak-kanak untuk dihantar ke Gaza, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Malaysia bangunkan hab pensijilan dan kecemerlangan TVET ASEAN – Ahmad Zahid

LONDON, 3 Jun: Malaysia menjalinkan kerjasama strategik dengan institusi pendidikan dan rakan industri antarabangsa, termasuk dari United Kingdom (UK) untuk membangunkan hab pensijilan dan kecemerlangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang diiktiraf pada peringkat serantau.
Mangsa kebakaran di Kampung Berangan Paloh terima sumbangan

TANJUNG MANIS, 3 Jun: Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab mengadakan lawatan ke Kampung Berangan Paloh bagi menziarahi mangsa kebakaran di sini.
Presiden Guinea-Bissau Embalo lakukan lawatan sulung ke Malaysia

PUTRAJAYA, 3 Jun: Presiden Republik Guinea-Bissau, Umaro Sissoco Embalo mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia bermula Selasa (3 Jun) bagi mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Ahmad Zahid bertemu Steve Reed bincang pengurusan bencana, perubahan iklim

LONDON, 3 Jun: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Menteri Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar United Kingdom (UK) Steve Reed pada Isnin, untuk membincangkan kerjasama dua hala antara Malaysia dengan UK.
Rakyat Korea Selatan mengundi presiden baharu susulan perintah darurat

SEOUL, 3 Jun: Rakyat Korea Selatan keluar mengundi pada Selasa dalam pilihan raya presiden yang menyaksikan pertandingan antara calon liberal yang mahu menghukum pihak yang bertanggungjawab atas cubaan perintah darurat oleh bekas Presiden Yoon Suk Yeol, dan calon konservatif yang mahu menghentikan tindakan melulu lawannya, lapor Agensi Berita Yonhap.
Muncul di atas jalan Matu-Igan, haiwan apa berbintik unik ini?

KUCHING, 3 Jun: Seekor haiwan liar yang dipercayai harimau dahan mencuri perhatian netizen apabila kelibatnya dirakam sedang leka seperti memakan sesuatu di atas jalan Matu-Igan dekat Daro pada Isnin.
Tindakan pantas penghuni halang api merebak

SARIKEI, 3 Jun: Tindakan pantas penghuni berjaya mengawal kebakaran daripada merebak dalam kejadian membabitkan sebuah dapur rumah panjang di Jalan Sungai Seleku, di sini, malam tadi.