Lelaki maut kenderaan jatuh gaung

SIMUNJAN, 2 Jun: Seorang lelaki maut selepas kereta dinaikinya terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 30 meter di Kampung Batu Kepit, Bukit Punda, petang semalam.

Rumah pekerja musnah, dua kenderaan terbakar

MIRI, 2 Jun: Sebuah rumah pekerja di Jalan Cahaya, Taman Saujana Impian musnah dalam kebakaran petang semalam yang turut melibatkan sebuah lori dan sebuah kereta ketika semua penghuni tiada di rumah.

Glauder sah sertai JDT

JOHOR BAHRU, 2 Jun: Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan pemain pertahanan Sepanyol Antonio Glauder, sebagai rekrut pertama pasukan itu bagi menghadapi saingan musim depan.

Israel halang lebih 3,000 trak bantuan perubatan masuk ke Gaza – Kementerian Kesihatan

BANDARAYA GAZA/ANKARA, 2 Jun: Israel terus menghalang kemasukan lebih 3,000 trak bantuan kesihatan ke Gaza, sekali gus memburukkan lagi keadaan kemanusiaan yang sedia kritikal, menurut seorang pegawai kanan kesihatan pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi.

Ketua UNRWA: Agihan bantuan Israel “perangkap maut” buat warga Gaza yang kelaparan

ANKARA, 2 Jun: Mekanisme pengagihan bantuan yang diwujudkan Israel kini menjadi “perangkap maut” bagi orang awam yang kelaparan di Semenanjung Gaza, kata Ketua Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Philippe Lazzarini pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi.

UK larang vape pakai buang untuk bendung penggunaan dalam kalangan remaja

ATHENS, 2 Jun: Kerajaan United Kingdom (UK) menguatkuasakan larangan di seluruh negara terhadap vape atau rokok elektronik pakai buang bermula 1 Jun 2025, sebagai langkah membendung penggunaan peranti itu dalam kalangan remaja dan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, lapor Anadolu Ajansi.