Ancaman digital kini antara kebimbangan utama keselamatan negara Indonesia

JAKARTA, 1 Jun: Ruang siber kini menjadi domain kritikal dalam pertahanan negara Indonesia dan kerjasama lebih kukuh diperlukan bagi melindungi kedaulatan digital negara, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Meutya Hafid.

Ahli perniagaan Namibia maut diserang singa ketika sertai aktiviti safari

LUSAKA (Zambia), 1 Jun: Bernd Kebbel, seorang ahli perniagaan Namibia dan dermawan terkenal yang menyokong pemuliharaan hidupan liar maut diserang singa betina ketika menyertai aktiviti safari, menurut Kementerian Pelancongan negara itu dan polis pada Sabtu.

Enam cedera, Myvi rempuh lori di Kudat

KUDAT, 1 Jun: Enam individu cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi dan lori 10 tan di Kampung Molong Kolong, Matunggung, pagi tadi.

Unsur moden berupaya hakis identiti busana tradisional Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Gabungan rona fabrik hitam dengan sentuhan renda keemasan serta manik berkilauan terus menjadikan pakaian tradisional Sabah dan Sarawak sentiasa dikagumi semasa perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai bukan sahaja oleh penduduk tempatan, malah pelancong asing.

PSG mengganas di Munich, lakar sejarah baharu

MUNICH, 1 Jun: Paris Saint-Germain (PSG) akhirnya merangkul trofi Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama dalam sejarah kelab selepas membelasah Inter Milan 5-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Allianz Arena awal pagi tadi.

Sumbangan Gawai ringankan beban rakyat

TANJONG MANIS, 1 Jun: Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab meneruskan tradisi tahunan dengan menyumbangkan lebih 2,400 kotak barangan makanan sempena sambutan Hari Gawai Dayak 2025.

Keharmonian kahwin campur cerminan keunikan Sarawak

SIMUNJAN, 1 Jun: Keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sarawak terus menjadi cerminan keunikan wilayah ini khususnya apabila perkahwinan campur diraikan dengan penuh persefahaman tanpa prasangka.

Delegasi Arab-Islam kecam Israel atas penolakan kunjungan ke Ramallah

ANKARA / ISTANBUL, 1 Jun: Delegasi menteri Arab mengenai Gaza mengecam tindakan Israel yang enggan membenarkan kunjungan mereka ke Ramallah sebagai “pelanggaran terang-terangan” terhadap tanggungjawabnya sebagai kuasa penjajah di bawah undang-undang antarabangsa, lapor Anadolu Ajansi (AA).