Tidak serik lakukan jenayah lepas tiga bulan keluar penjara

SUNGAI PETANI, 1 Jun: Seorang lelaki yang baharu tiga bulan dibebaskan dari penjara seolah – olah tidak serik apabila sekali lagi diberkas polis kerana disyaki terlibat melakukan kegiatan pecah premis perniagaan dan pejabat kerajaan.

Gawai simbol perpaduan dan kepelbagaian budaya

KUCHING, 1 Jun: Suasana penuh warna-warni dan semangat perpaduan jelas terpancar pada sambutan Hari Gawai Dayak 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Pemain Malaysia dominasi Terbuka KL 2025

PETALING JAYA, 1 Jun: Barisan pemain kebangsaan menyapu bersih tiga tempat teratas kategori campuran Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 di Sunway Megalanes, Bandar Sunway di sini hari ini.

Kastam rampas 1.72 juta batang rokok seludup

KOTA BHARU, 1 Jun: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas lebih 1.72 juta batang rokok seludup pelbagai jenis dianggar bernilai RM1.48 juta termasuk cukai dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Babong, di sini, bulan lepas.

Tun Wan Junaidi, isteri kunjungi kediaman Leonard Linggi

KUCHING, 1 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mengadakan kunjungan Gawai ke kediaman Pengerusi Yayasan Tun Jugah, Datuk Patinggi Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini.

Tengku Zafrul masih menteri di MITI – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Keputusan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang mengumumkan peletakan jawatannya dalam UMNO dan berhasrat menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak akan menjejaskan kedudukannya sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.