Hamas gesa PBB siasat pembunuhan orang awam di pusat agihan bantuan di Gaza

ISTANBUL, 1 Jun: Kumpulan Palestin Hamas pada Ahad menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan satu suruhanjaya siasatan antarabangsa bebas bagi menyiasat pembunuhan orang awam Palestin yang sedang mendapatkan bantuan kemanusiaan di Gaza oleh tentera Israel, lapor Anadolu Ajansi.
Terbuka Singapura: Kemenangan beregu negara lambang semangat juang – TPM

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kejuaraan beregu badminton negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Terbuka Singapura 2025 sebagai mengharumkan nama negara serta menyatukan seluruh Malaysia dalam sorakan dan rasa syukur.
Hasina didakwa atas jenayah terhadap kemanusiaan di tribunal Bangladesh

NEW DELHI, 1 Jun: Bekas Perdana Menteri Bangladesh yang digulingkan Sheikh Hasina didakwa atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan di sebuah tribunal di Bangladesh berhubung pembunuhan penunjuk perasaan semasa pemberontakan besar-besaran terhadap pemerintahannya tahun lepas.
PVATM di landasan tepat perluas ekosistem perniagaan seluruh negara

SEREMBAN, 1 Jun: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) berada di landasan tepat untuk memperluas pembangunan ekosistem perniagaan mereka di seluruh negara dalam masa terdekat, kata Presidennya Datuk Sharuddin Omar.
Aaron-Wooi Yik rangkul kejuaraan ketiga musim ini di Singapura

SINGAPURA, 1 Jun: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan rentak cemerlang apabila bangkit daripada kekalahan set pertama untuk merangkul kejuaraan Terbuka Singapura 2025, sekali gus menjulang gelaran ketiga mereka tahun ini.
Arab Saudi tingkatkan kesiapsiagaan ke tahap tertinggi lindungi 1.8 juta jemaah haji

MAKKAH, 1 Jun: Dengan lebih 1.8 juta jemaah dijangka menunaikan ibadah haji tahun ini, Arab Saudi telah meletakkan pasukan keselamatannya dalam tahap kesiapsiagaan tertinggi bagi memastikan keselamatan jemaah dan kelancaran pelaksanaan ibadah itu.
Negara hargai pengorbanan dan komitmen TUDM – PM

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang telah menunjukkan komitmen, keberanian dan kesetiaan dalam mempertahan ruang udara negara.
Peraduan sempena RWMF 2025 tawar tiket ke Paris bersama Malaysia Airlines dan Proton X70

KUCHING, 1 Jun: Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2025 menawarkan dua hadiah utama yang menarik kepada pengunjung melalui dua peraduan digital sempena penganjuran festival tersebut.
Dari pintu ke pintu ziarah pesakit di Pantai Damai

KUCHING, 1 Jun: Skuad Prihatin Pantai Damai (meneruskan usaha murni mereka melalui pelaksanaan Program Ziarah Prihatin Pantai Damai dengan menziarahi beberapa pesakit kronik dan pesakit terlantar yang memerlukan perhatian serta sokongan moral.
Monsun Barat Daya: Bomba sedia hadapi kebakaran, hujan dan angin kencang

GEORGE TOWN, 1 Jun: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memberi tumpuan kepada tiga fenomena cuaca secara serentak membabitkan panas, hujan dan angin kencang semasa Monsun Barat Daya yang mula dihadapi di seluruh negara.