FA, FC sentiasa bergerak seiring – Presiden FAM

PETALING JAYA, 31 Mei: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan hubungan antara persatuan bola sepak (FA) dan kelab bola sepak (FC) tidak pernah terputus malah sentiasa diperkukuhkan melalui pendekatan baharu yang lebih menyeluruh demi memastikan pembangunan bola sepak negeri berada dalam keadaan lebih sihat.

Pertemuan ASEAN-AS perkukuh kerjasama pertahanan serantau

SINGAPURA, 30 Mei: Pertemuan pelbagai hala antara Menteri Pertahanan ASEAN, Timor Leste dan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Pete Hegseth di sini, bakal memperkukuh kerjasama pertahanan serantau, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Stok beras negara Indonesia capai rekod tertinggi lebih 4 juta tan

JAKARTA, 31 Mei: Stok beras Indonesia mencatat pencapaian bersejarah apabila melepasi paras 4 juta tan setakat Khamis, iaitu jumlah tertinggi yang pernah direkodkan sejak penubuhan syarikat makanan negara, Perum Bulog pada 1969.

Angka korban banjir di Nigeria meningkat kepada 88 orang

ABUJA, 31 Mei: Angka korban akibat banjir dahsyat yang dicetuskan oleh hujan lebat di negeri Niger, wilayah tengah utara Nigeria meningkat kepada sekurang-kurangnya 88 orang, menurut pihak berkuasa tempatan pada Jumaat, lapor Xinhua.