ERL rai penumpang ke-130 juta sempena sambutan ulang tahun ke-23

KUALA LUMPUR, 30 Mei: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) menyambut ulang tahun ke-23 dengan pencapaian penting meraikan penumpang ke-130 juta bagi perkhidmatan KLIA Ekspres, menekankan komitmen berterusan dalam menyediakan perkhidmatan kereta api lapangan terbang yang pantas, boleh dipercayai dan selesa sejak 2002.

Bekas Puteri Jepun Mako selamat lahirkan anak sulung

TOKYO, 30 Mei: Mako Komuro, anak pertama kepada Putera Mahkota Fumihito,  selamat melahirkan anak sulungnya, lapor agensi berita Kyodo yang memetik pengumuman oleh Agensi Rumah Tangga Diraja Jepun pada Jumaat.

Enam projek RTP siap di Maludam

MALUDAM, 30 Mei: Sebanyak enam Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025 dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga di Daerah Kecil Maludam bernilai RM760,000 siap sepenuhnya.

Nur Hazirah intai peluang ke Sukan SEA 2025

KUALA LUMPUR, 30 Mei: Pemain boling kelahiran Sarawak, Nur Hazirah Ramli mengakui dia berada pada fasa penting dalam kariernyq apabila sedang merebut tempat untuk beraksi pada Sukan SEA 2025 Thailand hujung tahun ini.

Menyingkap warisan, Santubong jadi kelas terbuka arkeologi

SANTUBONG, 30 Mei: Usaha memperkasa pemeliharaan warisan arkeologi di Santubong terus diperkukuh menerusi satu program kerjasama melibatkan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Jabatan Muzium Sarawak, Sarawak Delta Geopark dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong.