Warga asing maut dalam kemalangan kendiri pikap di Bintulu

BINTULU, 29 Mei: Seorang lelaki warganegara Indonesia maut manakala seorang lagi cedera parah selepas pikap yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan kendiri berhampiran Jambatan Nyalau, Jalan Pesisir Bintulu-Miri, hari ini.
Betty lestarikan tradisi pembuatan tuak tradisional

MIRI, 29 Mei: Tradisi pembuatan Tuak, minuman tradisional masyarakat Dayak yang menjadi simbol budaya dan penyambut tetamu dalam majlis keramaian, terus dipertahankan oleh Betty Pan Peter yang bertekad meneruskan warisan keluarganya.
KPDN Sarawak rampas RM5.5 juta barangan musim perayaan

KUCHING, 29 Mei: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Sarawak melaksanakan 67,612 pemeriksaan premis sehingga 26 Mei lepas bagi memastikan pematuhan undang-undang kawalan harga dan anti pencatutan sempena musim perayaan.
KPDN gempur aktiviti penyelewengan LPG bersubsidi di gudang haram

KLUANG,29 Mei: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Johor menumpaskan kegiatan penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) di sebuah gudang haram dalam ladang kelapa sawit di Kampung Parit Haji Hashim, Simpang Renggam di sini semalam.
Santan dan kelapa parut tersenarai dalam kawalan harga Gawai 2025

KUCHING, 29 Mei : Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Gawai Dayak 2025 menyaksikan penambahan tiga barangan kawalan baharu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kepada 11 jenis barangan berbanding lapan pada tahun lalu.
Kerajaan Sarawak sedia dana khas latihan wartawan di luar negara

KUCHING, 29 Mei: Kerajaan Sarawak memperuntukkan dana khas untuk menghantar wartawan tempatan mengikuti latihan eksekutif di luar negara bagi memperkukuh profesionalisme dan kualiti kewartawanan di negeri ini.
Operasi Cegah Khas di Sarikei jejak 37 penagih dadah

SARIKEI, 29 Mei: Seramai 44 individu ditahan dalam Operasi Cegah Khas oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak yang dijalankan di sekitar daerah ini dari 26 hingga 28 Mei lalu.
Sarawak kemuka cadangan sekolah berkelompok kepada KPM

LIMBANG, 29 Mei: Kerajaan Sarawak akan mengemukakan semula cadangan penubuhan sekolah berkelompok kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani isu sekolah kurang murid (SKM) dan sekolah yang kerap dilanda banjir di negeri ini.
Bukit Aman tinjau operasi PDRM di sempadan Sarawak-Kalimantan

BA’KELALAN, 29 Mei: Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi PDRM, Dato’ Seri Sahabudin Abd Manan, mengetuai lawatan kerja ke Pondok Polis Ba’kelalan, Lawas pada Rabu bagi meninjau keadaan logistik dan penugasan pasukan di lokasi tersebut.
FORUM warnai sambutan Gawai di Miri dengan identiti Orang Ulu

MIRI, 29 Mei: Persekutuan Persatuan-Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM) kekal menjadi platform utama dalam menyatupadukan pelbagai etnik Orang Ulu serta mengetengahkan budaya unik komuniti tersebut ke peringkat nasional.