Dari meja rundingan ke padang bola, Manchester United satukan peminat bola sepak ASEAN

KUALA LUMPUR, 28 Mei: Usai Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan melabuhkan tirai di sini semalam, berlangsung satu lagi pertemuan yang menjadi simbol perpaduan, namun kali ini bukanlah di dewan persidangan tetapi di padang bola.
Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke pusingan kedua Terbuka Singapura

SINGAPURA, 28 Mei: Beregu lelaki nombor satu dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani memulakan kempen Terbuka Singapura dengan langkah kanan selepas menewaskan pasangan Taiwan, Lee Fang-Chih-Lee Fang Jen, hari ini.
Ular sorok dalam dinding rumah

LAWAS, 28 Mei: Seekor ular tiung cincin emas sepanjang lebih dua meter ditemui bersembunyi dalam dinding sebuah rumah di Kampung Nor Islam, Kuala Lawas, hari ini.
Suami isteri maut kemalangan tiga kenderaan di Serian

SERIAN, 28 Mei: Sepasang suami isteri maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Engkabang B, Batu 52 Jalan Serian–Sri Aman, hari ini.
PM luluskan permohonan cuti dua menteri

KUALA LUMPUR, 28 Mei: Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan permohonan cuti dan pengunduran dua menteri sebagai anggota kabinet hari ini.
‘Negeri Santubong: Sejarah Awal Sarawak’ menang Anugerah Buku Terbaik Premier Sarawak

KUCHING, 28 Mei: Buku Negeri Santubong: Sejarah Awal Sarawak, karya sejarawan Sarawak merangkap Pengurus Besar Yayasan Budaya Melayu Sarawak (YBMS), Datu Sanib Said, diiktiraf sebagai Buku Terbaik Premier Sarawak (Terbitan Luar) baru-baru ini.
Mahakarya Hikayat Datu Merpati diterbit semula hujung 2025

KUCHING, 28 Mei: Buku Mahakarya Hikayat Datu Merpati bakal diterbitkan semula dengan wajah baharu menjelang hujung tahun ini, kata Pengurus Besar Yayasan Budaya Melayu Sarawak (YBMS), Datu Sanib Said.
PBB: Sekurang-kurangnya 47 cedera ditembak tentera Israel di pusat agihan bantuan Gaza

GENEVA, 28 Mei: Sekurang-kurangnya 47 penduduk Palestin cedera, kebanyakannya akibat tembakan tentera Israel, ketika orang ramai berpusu-pusu ke pusat agihan bantuan yang baru dibuka di Gaza, kata seorang pegawai hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu.
Tersedak susu punca kematian bayi tujuh bulan di taska – Polis

KUALA LUMPUR, 28 Mei: Kematian bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Danau Kota di sini Isnin lepas, disahkan akibat tersedak susu.
Perancangan pelaburan digital Malaysia cecah RM59.1 bilion setakat April — Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 28 Mei: Malaysia mempunyai perancangan pelaburan digital mencecah RM59.1 bilion setakat April 2025, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.