Institusi tempatan kembali raih aliran masuk bersih RM222.9 juta minggu lepas – MIDF

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Institusi tempatan menamatkan jualan berterusan selama empat minggu di Bursa Malaysia dengan aliran masuk bersih berjumlah RM222.9 juta minggu lepas, menjadikan belian bersih setakat ini pada tahun ini kepada RM7.9 bilion.
RM300 juta setahun untuk pelaksanaan pendidikan percuma

KUCHING, 26 Mei: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM300 juta setahun untuk melaksanakan pendidikan percuma bermula tahun 2026.
Seminar Buruh Maritim tarik perhatian industri minyak, gas dan perkapalan

MIRI, 26 Mei: Seminar Buruh Maritim 2025 yang berlangsung di sini hari ini menarik perhatian pelbagai pemain industri, termasuk sektor minyak dan gas serta perkapalan, dalam usaha memperkasa dan memacu kemajuan sektor maritim negara.
Capaian Internet Sarawak meningkat kepada 90.2 peratus – MUT

KUCHING, 26 Mei: Liputan telekomunikasi di Sarawak meningkat kepada 90.2 peratus pada suku pertama tahun ini.
Pelabuhan pintar teras masa depan industri maritim negara

MIRI, 26 Mei: Transformasi ke arah pelabuhan pintar dan automasi pelabuhan perlu diberi keutamaan sebagai langkah strategik dalam memastikan daya saing industri maritim negara terus kukuh di persada global.
10 ahli dewan DBKU dilantik

KUCHING, 26 Mei: Seramai 10 Ahli Dewan, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dilantik oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi memperkukuh hala tuju strategik dan menyokong pelaksanaan inisiatif pembangunan di kawasan Kuching Utara.
Sepanyol desak sekatan senjata antarabangsa terhadap Israel

MADRID, 26 Mei: Kerajaan Sepanyol menggesa sekatan senjata antarabangsa dikenakan ke atas kerajaan Israel bagi menamatkan perang dan bencana kemanusiaan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Mrs Tasik Biru 2025 mahu jadi ‘suara’ alam dan warisan

BAU, 26 Mei: Fellicia Pamella Francis, guru berusia 27 tahun dari Kampung Stenggang, Bau, dinobatkan sebagai Mrs Tasik Biru 2025 dalam satu malam penuh gemerlapan sempena kemuncak Pesta Tasik Biru 2025.
Pengurus ejen insurans rugi RM695,000 angkara pelaburan tidak wujud

KUANTAN, 26 Mei: Seorang pengurus ejen insurans kerugian RM695,000 akibat terpedaya skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di laman Facebook, bulan lepas.
WFP Chief warns 500,000 Gazans on brink of famine, urges scaled-up aid

ISTANBUL, May 26: UN World Food Programme (WFP) Executive Director Cindy McCain warned on Sunday that half a million people in Gaza are “extremely food insecure” and at risk of famine, urging the international community to step up efforts to deliver humanitarian aid on a large scale, Anadolu Ajansi reported.