Serangan udara Israel di tengah Gaza ragut nyawa enam petugas bantuan

ISTANBUL, 23 Mei: Seramai enam petugas bantuan kemanusiaan terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas bandar Deir al-Balah di tengah Gaza, menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza yang menuduh Israel menyasarkan usaha penghantaran makanan dan ubat-ubatan.

Fayyadh berlepas ke China jalani pembedahan, ayah mohon titipkan doa

KUCHING, 23 Mei: Ayah kepada Muhammad Fayyadh Hadif berusia 4 tahun 3 bulan, kanak-kanak yang menderita menghidap penyakit kegagalan fungsi hati sejak lahir memohon semua mendoakan urusan pembedahan anaknya itu di Hospital Renji Shanghai China dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan Indeks Dolar AS (DXY) yang lemah di tengah-tengah data ekonomi yang bercampur-campur, kata penganalisis.

Tiada penduduk awam Gaza terima bantuan kemanusiaan minggu ini

GENEVA, 23 Mei: Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mendakwa bahawa tiada seorang pun penduduk awam di Gaza menerima bantuan kemanusiaan yang dihantar ke wilayah itu minggu ini, sambil memberi amaran bahawa penghantaran yang sangat terhad boleh mencetuskan kekacauan dan keganasan.