Kerajaan Sarawak ucap terima kasih kepada PM selesai isu PETRONAS-PETROS

PUTRAJAYA, 21 Mei: Kerajaan Sarawak menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyelesaikan isu berkaitan industri minyak dan gas melibatkan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).
PM dan Premier setuju rundingan seterusnya antara PETRONAS-PETROS dipermudahkan

PUTRAJAYA, 21 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg secara bersama bersetuju untuk mempermudahkan rundingan seterusnya antara Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).
LPPKN giat kempen kesedaran WCaRe

KUCHING, 21 Mei: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) masih mempergiat pelaksanaan Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) dalam usaha meningkatkan kesedaran semua pihak terhadap kepentingan melakukan saringan awal bagi mengesan kanser payudara dan kanser servik.
Lebih 300 wanita dan ibu menyertai Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Sarawak

KUCHING, 21 Mei: Hari Ibu merupakan satu sambutan istimewa yang diraikan di seluruh dunia bagi menghargai jasa, pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu dan di Malaysia ia disambut pada setiap Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahunnya.
Warga emas hilang di kebun sawit Felda Sahabat ditemui selamat

LAHAD DATU, 21 Mei: Seorang warga emas berusia 75 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan kebun sawit Felda Sahabat 5, Kampung Desa Kencana, akhirnya ditemui dalam keadaan selamat pada pagi Rabu.
PM, Premier tandatangani deklarasi persefahaman PETRONAS – PETROS

PUTRAJAYA, 21 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari hari ini menandatangani deklarasi bersama dalam usaha memartabatkan industri minyak dan gas negara.
MAGU 2025 suntik semangat kecemerlangan warga UNIMAS

KOTA SAMARAHAN, 21 Mei: Majlis Anugerah Gemilang UNIMAS (MAGU) 2025 menjadi pemangkin memperkasa daya saing warga kerja Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) serta mengiktiraf sumbangan cemerlang mereka.
Masters Malaysia 2025: Soon Huat-Shevon kecundang, Khai Xing-Aaron menyinar

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menamatkan saingan kejohanan badminton Masters Malaysia 2025 seawal pusingan pertama selepas dikejutkan pasangan Denmark, Mads Vestergaard-Christine Busch di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.
Cadangan wujudkan semula perkhidmatan bas Kuching-Lundu-Sematan

KUCHING, 21 Mei: Perkhidmatan bas ulang-alik dari Kuching ke Lundu dan Sematan dicadangkan agar diwujudkan semula secara tetap dan berjadual, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang.
Gas Malaysia lancar stesen suntikan biometana berpusat pertama di Malaysia

KLUANG, 21 Mei: Gas Malaysia Berhad menerusi anak syarikatnya, Gas Malaysia Green Ventures Sdn. Bhd. (GMGV), melancarkan Stesen Suntikan Biometana Berpusat pertama di negara ini, selaras dengan aspirasi negara ke arah ekonomi rendah karbon.