Lori kemalangan di Bintulu dipercayai dalam perjalanan ke ladang sawit

BINTULU, 19 Mei: Kemalangan yang mengorbankan nyawa seorang pemandu dan kelindan lori yang membawa muatan baja di Batu 16 Jalan Pan Borneo Bintulu-Miri di sini pagi tadi dipercayai berlaku apabila pemandu lori tersebut dalam perjalanan dari Bintulu ke ladang sawit berhampiran kawasan Kampung Rumah Gumbang.
Globesync 2025 tekankan perkongsian global dan tindakan mampan berasaskan bukti

MIRI, 19 Mei: Persidangan Penyelidikan Komuniti dan Kelestarian (Globesync 2025) menekankan kepentingan perkongsian global dalam menangani isu-isu semasa serta menggerakkan tindakan mampan berasaskan bukti dengan menghimpunkan ahli akademik, pengamal industri dan pembuat dasar dari seluruh dunia.
TYT, Premier Sarawak hadiri Majlis Jamuan Negeri

KUCHING, 19 Mei: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohamad Sanusi menghadiri Majlis Jamuan Negeri bersempena dengan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini, malam ini.
Kelab Beliawanis Betong lancar misi bantuan mangsa kebakaran

SARATOK, 19 Mei: Nasib 47 mangsa tragedi kebakaran Rumah Panjang Litong, Nanga Kesit di Lubok Antu pada pagi Isnin mula mendapat perhatian pelbagai pihak.
Dua maut, bayi cedera dilanggar di atas jambatan kereta api di AS

ISTANBUL, 19 Mei: Dua wanita pejalan kaki maut manakala seorang bayi cedera apabila sebuah kereta api melanggar mereka di atas jambatan kereta api di bandar raya Fremont, Ohio, menurut Datuk Bandar. Pencarian bagi seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang masih hilang sedang diteruskan susulan insiden yang berlaku pagi Ahad, lapor Anadolu Ajansi.
Kem Generasi Budaya 2025 lonjak semangat anak muda perkasa warisan seni

KUALA LUMPUR, 19 Mei: Kem Generasi Budaya 2025 Peringkat Kebangsaan menjadi medan penting dalam usaha memperkasa seni dan budaya tanah air menerusi penyertaan aktif golongan belia dari seluruh negara.
Imigresen tahan 17 pendatang tanpa izin di Kota Bharu

KOTA BHARU, 19 Mei: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 17 pendatang tanpa izin warga Bangladesh dalam Op Serkap di sini semalam.
Laporan polis temu bual keluarga Pamela Ling berhubung siasatan kematian adalah palsu

SHAH ALAM, 19 Mei: Polis Selangor mengesahkan satu laporan yang tular di laman sosial sebuah portal berita dalam talian bertajuk Police Interview Pamela Ling’s and Family Friend in Death Investigation adalah palsu.
LIMA’25: APMM tampil perkenal teknologi AR

LANGKAWI, 19 Mei: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) buat julung kalinya memperkenalkan teknologi Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR) sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang membuka tirai secara rasmi esok.
Turkiye desak hentikan segera serangan darat Israel di Gaza

ANKARA, 19 Mei: Turkiye pada Isnin mengutuk keras operasi darat Israel yang semakin meningkat di Gaza, menyeru supaya serangan itu dihentikan segera dan bantuan kemanusiaan disalurkan dengan pantas ke wilayah terkepung itu, lapor Xinhua.